View: 5555|Reply: 21
|
Penghantar Barang Teruja Dapat Snek Percuma Depan Pintu, Kita Pun Rasa Nak Gelek
[Copy link]
|
|
Menjelang hujung tahun, umum mengetahui kebanyakan negara Barat seperti Amerika Syarikat menyambut perayaan Hari Natal yang jatuh pada 25 Disember setiap tahun dengan meriah.
Acap kali semangat perayaan mereka ketara dengan pelbagai persiapan dalam menyediakan perhiasan rumah dan hadiah bersesuaian.
Kredit Foto: Pixabay
Di zaman millenia ini, pembelian hadiah secara atas talian dilihat lebih menjimatkan masa, tenaga dan poket berbanding membeli-belah sendiri.
Justeru, syarikat penghantaran berdepan dengan cabaran dalam memastikan barang-barang yang dipesan tiba dalam masa ditetapkan dan dalam keadaan baik.
Berbeza dengan Malaysia yang beriklim Khatulistiwa, pekerja penghantar barang di Amerika Syarikat berdepan dengan cabaran cuaca sejuk.
Selain itu, waktu perkhidmatan mereka yang panjang disebabkan jumlah penghantaran tinggi di musim perayaan sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada mereka.
Bagi menghargai usaha mereka, ada penerima yang menyediakan cenderamata tanda penghargaan buat mereka ini.
Dari pelbagai jenis makanan ringan kepada minuman yang sengaja diletakkan di hadapan rumah beserta sekeping nota yang mengalu-alukan pekerja penghantar barang untuk mengambilnys.
Budaya memberi ini ternyata memberi semangat kepada penghantar barang ini.
Terbaru, tular sebuah video yang dirakam menggunakan kamera loceng pintu (doorbell camera) di hadapan sebuah kediaman yang menayangkan telatah pekerja Amazon ini (sebuah laman membeli-belah terkemuka).
Jom lihat telatah beliau.
Memetik laman sesawang berita atas talian KSL.com, kejadian ini dirakamkan di Middletown, Deleware. Telatah beliau dikongsikan melalui sebuah hantaran Facebook oleh seorang pengguna bernama Kathy Ouma. Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook tersebut menerima 109,000 reaksi dan 8,300 perkongsian.
Ternyata pekerja Amazon ini amat gembira! Sampai menari-nari dibuatnya! Dengan suhu semasa yang mencecah sehingga -1°C, siapalah yang tak gembira bila dihargai.
Tanpa disedari, telatah beliau dirakam kamera loceng pintu kediaman ini.
Budaya menghargai pekerja penghantar sama ada barang mahupun makanan kini semakin menular. Bukan sahaja di Amerika Syarikat, malah di Malaysia juga! Tak salah jika amalan murni seperti ini diangkat menjadi budaya masyarakat.
Saling menghargai usaha sesama manusia dalam melaksanakan tugas masing-masing bukan sahaja memudahkan urusan, malah meninggalkan pengalaman yang manis buat mereka yang melaluinya.
Sesekali menari apa salahnya? Rasa-rasanya, kayu ke tak kayu? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
I selalu bagi air kotak kat posmen or courier man |
|
|
|
|
|
|
|
Yang baik kita jadikan contoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Niceeee brader... kiut je nari
Tp baca a refreshment
|
|
|
|
|
|
|
|
yg bagus nya diorg x tamak haloba angkut sebakul tu terus.. amik serba satu cukup utk makan sendiri je |
|
|
|
|
|
|
|
hntar brang dpt brang. tgelak tgk siap mnari. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
kebetulan yg dtg hari tu jenis ada adab
kalau jenis penyamun tu mesti posting dia dah jadi tajuk lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Haha comel. Seronok dia ya
Good job tuan rumah! |
|
|
|
|
|
|
|
mabuk ke? happy semacam je tp betol laa sesekali rasa seronok bila dihargai kan |
|
|
|
|
|
|
|
Menari step joget lagi hahhah |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus dia, x de nak ambik lebih. Hanya secukupnya shj |
|
|
|
|
|
|
|
Baik hatinya tuan rumah pandai ambil hati abam delivery |
|
|
|
|
|
|
|
comelnye menari...tuan rumah pun baik hati |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang letak brg mcm tu je ek....
|
|
|
|
|
|
|
|
Lucu tengok gaya dia. Hati memang sedang berbunga2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
letak depan apartment kat malaysia ni
alih2 hilang semua
dikerjakan dek anak2 jiran (kenal pun tidak mak paknya)
|
|
|
|
|
|
|
|
biasa bagi tips lebih je..dia nak beli air ape beli la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semangat nak raya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|