View: 8692|Reply: 37
|
Ritual Thalaikoothal - Anak Cabut Sendiri Nyawa Orang Tua Kononnya Tak Mahu Ters
[Copy link]
|
|
Kredit foto: Freepik
Apa perasaan anda jika anak yang ditatang sejak kecil sanggup meragut nyawa anda?
Sedih, marah, kecewa atau pasrah?
Mungkin anda tidak akan terkejut sangat jika terlahir di wilayah Selatan Tamil Nadu, India.
"Mak tidak mahu membebankan kamu," ucap seorang ibu tua. Air mata mengalir membasahi kulit berkedutnya. Dia meminta ritual Thalaikoothal sebelum anaknya sendiri mengusulkan cadangan. Tidak sanggup mendengar perkataan 'Thalaikoothal' terpancul dari mulut anak sendiri.
Ritual Thalaikoothal adalah kata lain untuk menghalalkan perbuatan mencabut nyawa orang tua yang sudah lanjut atau sakit. Menyedihkan apabila pembunuhan ini dilakukan oleh keluarga sendiri. Teganya anak-anak dan kerabat berbuat sedemikian.
Menurut The Hindu yang tersiar pada Febuari 2016, anak lelaki adalah penyumbang terbanyak berlakunya Thalaikoothal diikuti menantu lelaki.
Kredit foto: The Hindu
Alasan yang selalu diberikan ialah orang tua sudah tidak mampu disembuhkan lagi atau tidak sanggup melihat penderitaan mangsa. Dan mereka melihat ritual ini sebagai bukti kasih sayang, bukan suatu kejahatan.
Jangan tidak percaya ritual ini diamalkan melebihi 40 buah kampung.
Berdasar penelitian, ada juga yang menggunakan ritual ini untuk menyingkirkan orang tua mereka. Kematian bermakna harta akan berpindah tangan dan kesempitan hidup dapat dikurangkan. Mereka tidak perlu membuang masa, duit dan harta untuk penjagaan orang tua.
Kredit Foto: Freepik
Ketika Thalaikoothal, badan mangsa diurut dengan 100ml minyak kelapa, kastor dan minyak bijan dalam jumlah yang sama. Kebiasaannya dilakukan ketika waktu Subuh. Selepas diberi mandian sejuk mangsa akan diletakkan di atas katil. Kesannya suhu badan mangsa menurun. Selalunya ke tahap yang membahayakan. Air kelapa dan segelas susu akan diberi selepas 15 minit berlalu. Ini menyebabkan kegagalan buah pinggang. Dalam sehari dua, mangsa yang mengidap demam akan mati.
Sehingga beberapa tahun yang lalu, jika minyak dan air kelapa gagal, mangsa akan diberikan segelas lumpur yang dicampurkan dengan air atau sekeping muruku. Muruku akan dipaksa memasuki salur tekak.
"Ia menghalang salur makanan dan orang tua perlu berjuang untuk oksigen," kata Elango Rajarathiram dari HelpAge India, sebuah NGO di Virudhunagar yang bekerja untuk menghentikan ritual itu.
Tak kurang yang memasukkan susu lembu dalam kuantiti yang banyak ke dalam lubang hidung hingga menyebabkan kesulitan bernafas. Metode ini dikenali terapi susu.
Namun seiring peredaran masa, racun perosak, pil tidur dan suntikan maut telah menjadi sebahagian daripadanya. Jika gagal, penduduk kampung memanggil dukun untuk menyuntik gabungan racun dan dos ubat yang membawa maut. Kematian datang dalam beberapa minit.
Kredit foto: Freepik
Biar mati anak jangan mati adat. Kena sungguh pepatah ni dengan ritual Thalaikoothal.
Sungguhpun ritual ini sudah dinyatakan haram oleh India, namun kerana sudah menjadi budaya turun temurun dan diterima masyarakat setempat, maka tetap diamalkan. Tidak hairanlah kalau ada warga tua yang secara sukarela mahu melalui ritual ini. Dalam beberapa kasus ahli keluarga akan memberitahu korban sebelum melakukan ritual.
Namun, jika anda beranggapan semua orang tua sanggup melalui ritual ini, anda silap. Masih ada yang berduka dan gusar memikirkan hari-hari tua mereka. Memikirkan sisa nyawa yang bakal direnggut oleh insan tersayang amat memilukan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Teruknya. Memang wujud ye amalan ni. Mcm euthanasia pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
kejam nye anak..sanggup wt mak pak cmtu.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelik pelik ritual kat sane tu..kejam gile |
|
|
|
|
|
|
|
barbaric giler perbuatan. mak ayah ko tu wehhhhh. |
|
|
|
|
|
|
|
Mujurlah ada yg sempat sebarang ke tanah rumpun melayu. Trlepas dr adat2 pelik kat sini. Habis kuat derhaka pun kena campak rumah org2 tua |
|
|
|
|
|
|
|
Tergamak sungguh diorang buat cmtu |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya pastu smua ahli kluarga kna pkat tgk ke mak ayh btrung nyawa msa bt ritual tu. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm penah tgk je dokumentari buat ritual mcm ni cuma tak pasti lakonan semula atau situasi sebenar yg dia tunjuk |
|
|
|
|
|
|
|
Kejam betul sapa yg sanggup buat mcmtu |
|
|
|
|
|
|
|
dah benda tu dianggap ritual, mereka xrasa apa2..akhir nanti mereka yang pernah membunuh ibubapa sendiri akan dibunuh oleh anak sendiri juga dengan cara ritual ini..so roda berputar.. |
|
|
|
|
|
|
|
ya..dah adat dorang..ada org tua yg minta diperlakukan gitu gak..tapi sedih sangat laa adat gini..sampainya ati
|
|
|
|
|
|
|
|
betul, sedih sangat.. tak sampai hati..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sehari dua baru mati..seksa nya..knp x tembak je |
|
|
|
|
|
|
|
kan..tambahan dia mati dan kita tahu kitalah punca dia..x de parasaan ke dorang nui
|
|
|
|
|
|
|
|
adat yang sangat pelik..
orang tua yang disayang, kita pulak yang kena jadi penamat hidup mereka..
|
|
|
|
|
|
|
|
india ni kreatif sgt..sampai jadi bebukan hala dah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|