Kredit foto: Instagram Da'i Wan Dazrin
Baru-baru ini, tular di Twitter apabila Irfan Khir memohon sumbangan dana selepas pelbagai usahanya memohon pinjaman dan zakat di beberapa negeri tidak berjaya.
Bakal menamatkan pengajian Mac 2020, Irfan juga memuat naik penyata bayaran dari tahun pertama ke tahun terakhir dengan yuran tertunggak berjumlah ASD36,000 (RM147,315).
Susulan itu, seorang pengguna Twitter, Pedoq kemudiannya memuat naik tweet mendakwa memerlukan dana RM6,200 untuk membiayai Unit Pemprosesan Grafik (GPU) sebelum tamat pengajian e-sukan di Universiti Zigzag pada Mac 2020.
Lalu, tweet itu mendapat perhatian seorang pendakwah realiti TV, Da’i Wan Dazrin Wan Din yang membidas Pedoq kerana seolah-olah menyindir Irfan Khir.
“Pedoq yang dikasihi, hukum menyindir di dalam Islam adalah haram. Berhati-hatilah kita selalu, okay,” komen pendakwah bebas itu di Twitter semalam.
Wan Dazrin turut berhujah dengan memetik sepotong hadis yang melarang orang Islam daripada menyindir individu lain sama ada melalui penulisan atau percakapan.
Namun, niat Da'i Wan Dazrin untuk menasihati Pedoq bagaimanapun mengundang sindiran pengunjung Twitter lain.
Mereka mendakwa Wan Dazrin bersikap double standard apabila memberi teguran kepada perbuatan orang lain tetapi tidak kepada tindakan rakan pendakwah seangkatan dengannya.
Kredit foto: Twitter Da'i Wan Dazrin
Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan mereka yang cuba mempertahankan beliau.
Kredit foto: Twitter Da'i Wan Dazrin
Memang mudah berkata sesuatu menggunakan ayat di skrin komputer, tetapi had dan hak kebebasan bersuara perlulah diimbangi sebaiknya. - CARI
|