Jenama Ramly sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi memandangkan ianya antara pelopor produk halal dan bumiputera di Malaysia. Setelah berjaya dengan produk burger, syarikat ini membuat produk kek pula dengan harga yang cukup murah.
Namun, apabila ada warganet yang mendakwa pembungkusannya buruk, kurang menyerlah dan logo yang mengingatkan pada burger, ianya mendapat pelbagai respon dari warganet.
Twitter
Walaupun setelah diterangkan produk akhir mengambil pelbagai faktor seperti kos, kepada siapa produk dipasarkan dan ianya pasti mengambil banyak pandangan sebelum ia dikeluarkan, pemuda ini tetap dengan pandangannya bahawa produk tersebut tidak nampak seperti kek. Jadi, sasaran untuk memasarkan kek tidak tercapai.
Pandangan pemuda yang dikatakan mempunyai Diploma dalam Pemasaran itu dikritik oleh warganet lain yang merasakan lebih banyak faktor diambil kira berbanding teori di dalam buku. Tetapi, siapa sahaja yang bodoh akan memikirkan itu adalah daging burger jika kek itu sendiri diletakkan sebaris dengan produk bakeri?
Twitter
Ramai yang menganggap dakwaan tersebut tidak berasas. Apa yang ditulis di dalam buku tidak semestinya boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Jika dia mahu menyatakan logo tersebut mengingatkannya pada burger, itu adalah diri dia dan bukannya orang lain. Lagi pula jenama Ramly itu sendiri lah yang membuatkan ramai pengguna mahu membelinya kerana yakin dengan produk suci dan halal. Ternyata ia bukan sekadar pembungkusan cantik tetapi lebih kepada jenama yang melekat di hati pengguna itu sendiri.
Ramai yang tidak memahami mengapa logo tersebut yang menjadikan ianya masalah besar. Atau pun pembungkusan yang tidak nampak seperti kek? Ataupun memang perlu ditukar logo supaya nampak lebih antarabangsa? Atau sebenarnya lebih menyampah dengan dakwaan pemuda tersebut yang nampak bersifat angkuh?
Jadi, betul ke pembungkusan tersangat penting atau penerimaan pengguna itu yang lebih utama? Ini kerana di akhirnya pengguna akan mencari produk yang diyakininya untuk dinikmati. Apa kata anda? - CARI
|