View: 2060|Reply: 13
|
Kekalkan Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan, Penyokong Tegar Lancar Petisyen
[Copy link]
|
|
Kredit foto: change.org
Seorang individu yang dipercayai penyokong Dr Maszlee Malik telah melancarkan petisyen melalui change.org untuk meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengembalikan pemimpin kesayangan mereka itu sebagai Menteri Pendidikan.
Petisyen bertajuk 'Kekalkan YB Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia' itu dilancarkan selepas Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya pada 2 Januari.
Dalam masa sehari sahaja, petisyen yang dimulakan seorang individu dengan nama samaran 'Tuah Kencana' itu telah meraih lebih 200,000 tandatangan.
Dalam petisyen itu, Tuah menyatakan keputusan Maszlee meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara.
"YB Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru-guru dan masyarakat.
"Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah YB telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan," jelasnya.
Kredit foto: Facebook
Dia menambah, antara sumbangan Ahli Parlimen Simpang Ringgam itu dalam tempoh perkhidmatannya yang singkat adalah sifar sekolah daif, program sarapan pagi percuma, program pertukaran guru suka sama suka, penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU, perkhidmatan internet kelajuan tinggi, peningkatan program TVET dan menjaga kebajikan guru-guru.
"Malangnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan-laporan negatif yang telah disensasikan pihak yang berkepentingan," katanya.
Mereka yang menandatangani petisyen tersebut turut menyatakan alasan mereka berbuat demikian.
Kredit foto: change.org
Rakyat berhak memberi pandangan, namun kata putus tetap di tangan Perdana Menteri yang mengetuai jentera pentadbiran negara. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
He is a good guy, but sorry, dia terlalu baik dan naif utk pegang jawatn tu.. kene orang yg lebih tegas, cekal dan aware dgn sepak terajang politik utk pegang post mcm tu.. kecuali kalo tetiber Teo Nie Ching yg naik, atau bakal pengganti dia yg lain tu hazabedah, aku tak rasa ada necessity utk dia pegang balik post tu.. just my 2cent |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni lembut sangatlah.. kena cari org yg tegas |
|
|
|
|
|
|
|
yess i agree with u. kena ade pengganti yg kebal n lantang berani lawan puak2 tu. dh takde pilihan sgt trpaksa la ambik si maszlee ni balik dari lantik cina sepet tu naik jadi menteri
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini adalah satu idea menarik
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ok...
cuma org keliling dia terlebih sudu drp kuah bak kata zizi kirana |
|
|
|
|
|
|
|
kesian..semua puppet je takleh bersuara..kalau bersuara dipaksa resign or dipecat.. |
|
|
|
|
|
|
|
bio la dia nak letak jawatan |
|
|
|
|
|
|
|
kang habis silibus dia buat ajar buat nasi grg dan survival skills
|
|
|
|
|
|
|
|
kontroversi sgt perletakan jawatan tu. kena pressure dari "atas". Allahu, semoga Allah pelihara Malaysia dan Islam di bumi msia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang yang rajin kerja Dan bersungguh sungguh.
Kesilapannya boleh diperbetulkan.
Susah nak cari menteri yg sebegini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|