View: 2151|Reply: 11
|
"Ada Ke Patut" - Pasangan Seludup Budak Dalam Troli Sayur
[Copy link]
|
|
Pelbagai cara dilakukan untuk melakukan penyeludupan manusia ke negara lain.
Terbaru, pasangan dari Maghribi ditahan selepas didapati mereka cuba menyeludup budak lelaki Palestin berusia 10 tahun, memasuki Sepanyol menggunakan troli sayuran.
Memetik laporan Skynews, pihak polis Sepanyol menemui budak lelaki itu dalam troli berkenaan yang selalunya digunakan untuk meletak sayuran dan buahan di sempadan Beni-Enzar dan Melilla, wilayah automoni Sepanyol di utara Afrika.
Kejadian pada 31 Disember itu turut menunjukkan budak tersebut 'meringkuk' dalam troli berkenaan, menerusi gambar yang tular.
Kredit foto: skynews
Difahamkan, pasangan itu kini ditahan atas dakwaan penyeludupan manusia.
Manakala, budak lelaki itu sudah kembali ke pangkuan keluarganya yang tinggal di kem migran berhampiran.
Untuk rekod, Melilla adalah lokasi yang sering dijadikan oleh migran dan pelarian untuk ke Eropah memandangkan ia kawasan sempadan Kesatuan Eropah dan Afrika. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Geng2 Ereb masih aktif jual manusia jadik hamba sahaya seperti zaman jahilion dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Celakanya manusia itu.. ntah berapa ramai dah diorang dah berjaya seludup. Ya Allah.. Lindungilah anak2 Palestin dan kanak2 seluruh dunia ni .. |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai kesian nya. Apa la nasib kalau budak tu berjaya diseludup ye |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu buat dah la ni..kesian la nasib budak 2 palestin yg dah kena seludup sblm2 ni..ya Allah ya Rabb |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya lah haiii., meringkuk dlm bakul sayur kecik mcm tu berjam jam, nasib baik tak lepas, kesian ko dik |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya... meringkuk berapa lama la dlm bakul tu gamaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
namun, orang kita masih lagi taksub dengan orang ereb dan kalau boleh deme nak jadi ereb jugak... gigih la berjubah segala, beranta ente... hahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersangka baiknya aku memula baca
ingatkan diorg nak selamatkan budak tuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|