Sebagai hamba Allah, tiada suatu pun nikmat yang ada pada kita akan kekal bahkan setiap satunya hanyalah pinjaman dari yang Maha Esa.
Ini termasuklah kesempurnaan dari segi fizikal dan mental serta nikmat pancaindera seperti penglihatan yang mampu berfungsi dengan baik.
Namun bagi golongan yang menghidap masalah rabun dan terpaksa memakai kaca mata sudah tentu impian terbesar mereka adalah untuk melihat kembali dunia sekeliling dengan jelas dan terang tanpa perlu bergantung kepada cermin mata mahupun kanta lekap yang menyusahkan dan mengehadkan aktiviti serta pergerakan seseorang.
Menerusi laman portal Gempak, pelakon dan pengacara, Lisa Surihani dikhabarkan telah selamat menjalani rawatan bagi memulihkan penglihatannya yang rabun.
Lisa yang menghidapi masalah rabun terpaksa memakai kaca mata dan kanta lekap sejak kecil begitu sebak dan terharu setelah rawatan yang dijalaninya berjaya.
Untuk pengetahuan anda, Lisa telah menjalani kaedah rawatan yang digelar prosedur RELEX SMILE iaitu singkatan kepada Small Incision Lenticule Extraction. Prosedur RELEX SMILE kini dikatakan kian popular berbanding kaedah rawatan LASIK yang sering digunakan dahulu berikutan masa penyembuhan (recovery time) yang lebih cepat.
Lebih menarik lagi, selebriti itu turut berkongsi kisah dan suasana ketika menjalani pembedahan di pusat rawatan tokoh ilmuan dan pakar bedah mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi laman Instagramnya sehingga mendapat reaksi positif dari rakan selebriti dan peminat yang turut berminat untuk menjalani rawatan tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan di instagram itu, Lisa berkata dia tidak menyangka keseluruhan prosedur cuma mengambil masa kurang lima minit tanpa mengalami sebarang kesakitan. Walaupun gementar, dia berasa cukup tenang dan selesa sepanjang rawatan apabila ditemani zikir-zikir dan kata-kata positif Prof Muhaya yang sangat menenangkan.
"Tak sakit dan amat selesa. Saya tak boleh lupa bila selesai pembedahan, buka sahaja mata, ia agak berkabus selama beberapa jam tetapi lepas tu saya boleh melihat. Alhamdulillah, nikmat penglihatan yang selama ini saya impikan, Allah pinjamkan lagi buat kali kedua," luah Lisa dengan penuh kesyukuran menerusi video yang dimuat naik.
Menerusi carian di Google ternyata kadah rawatan tersebut agak mahal jadi bagi anda yang rabun dan berhasrat untuk menjalani prosedur serupa bolehlah mengumpul duit dari sekarang.- CARI
Post time 6-1-2020 11:30 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Boleh la buat utk anak aku bila dia dah abis college esok. Without specs she is actually as good as blind teraba2. Kes mak suh tido pi baca komik dlm gelap
ada banyak option nak buat ni
optimaz pun ada...
less then 10k pun ----tapi kena tunggu promotion lah
memang lain rasanya bila dah biasa terikat dgn spek tetiba dunia rasa cerah tanpa spek...
leceh pakai spek ni especially bila nak bersenam ke berenang ke..
nak bangun memalam tgk jam pun kena cari spek dulu..