CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41927|Reply: 223

[Tempatan] Pelajar cemerlang UPSR tolak tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) keran

[Copy link]
Post time 7-1-2020 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 8-1-2020 01:57 AM

Tidak tergamak susahkan ibu bapa

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/532685/tidak-tergamak-susahkan-ibu-bapa

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 January 2020 @ 7:58 PM

Mohd Amin Jalil
[email protected]


Pelajar cemerlang UPSR, Noor Areesya Redza Redzuan, 13, ditemui di kediamannya di Taman Desa Ixora 2, Senawang. FOTO Mohd Amin Jalil.

“SAYA tolak tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) kerana bimbang dengan kemampuan kewangan ibu dan ayah yang hidup serba kekurangan," ujar pelajar, Noor Areesya Redza Redzuan, 13.

Dia yang mendapat keputusan cemerlang 6A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu itu menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Satu di TKC tahun ini.

Bagaimanapun, bekas murid Sekolah Kebangsaan Senawang 3 itu menolak tawaran berkenaan ketika menghadiri temuduga baru-baru ini, berikutan kebimbangan terhadap kemampuan kewangan keluarga selain tidak mahu menyusahkan kedua-dua ibu dan bapanya.

Dia yang kini meneruskan persekolahan Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi Senawang, mengakui bimbang menyusahkan kedua orang tuanya.

"Saya ambil keputusan menolak tawaran TKC itu kerana tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa," katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Taman Desa Ixora Senawang, di Seremban, hari ini.

Keluarga terbabit dikunjungi Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan Mohd Hanis Alimin, yang turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka.

Bapa pelajar itu, Redzuan Mansor, 57, berkata, dia kini bergantung sumber pendapatan menjual nasi lemak dan kuih muih di tepi jalan utama taman berkenaan manakala isterinya, Norafiza Abd Hamid, 51, bekerja sebagai pencuci di sebuah institusi kewangan di Senawang.

Menurutnya, dia mengharapkan anak bongsunya itu dapat meneruskan pelajaran ke Tingkatan Satu disekolah berasrama penuh (SBP).

"Memang saya mengharap dia dapat belajar di SBP kerana keputusan UPSR 2019 yang dia perolehi amat baik.

"Saya pun tidak sangka dia sendiri menolak tawaran itu. Saya sedar dengan sikapnya yang tidak mahu membebankan keluarga," katanya yang akui anaknya itu seorang yang rajin belajar.

Sementara itu, Mohd Hanis, berkata pihaknya akan membantu keluarga terbabit termasuk mendapatkan peluang bagi Noor Areesya meneruskan persekolahan di SBP.

Beliau berkata, pelajar terbabit seorang yang berpotensi untuk terus cemerlang dalam pelajaran.

"Kami akan cuba bantu keluarga ini khususnya remaja ini jika dia ingin meneruskan pelajaran di sekolah berasrama penuh.

"Saya fikir soal kos tidak menjadi isu kerana SBP adalah sekolah bantuan kerajaan," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2020 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya adik ni. Dia risau mak pak takde duit utk bayar yuran n uniform tu semua kot. Boleh minta biasiswa & zakat negeri kan? Nanti kalau dah daftar cikgu guide lah kot utk permohonan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 10:25 AM | Show all posts
kat SBP ada jer Program Khas utk pelajar dari keluarga yg tk mampu....yuran makan pun rasanyer percuma utk golongan spt ini....lenkali sebelum tolak tawaran berbincanglah dgn guru kaunseling...kecualilah jika guru kaunseling sekolah adik ni jenis kayu
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 10:35 AM | Show all posts
semoga semua dipermudahkan untuk adek ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 10:39 AM | Show all posts
anak buah aku sekolah kt TKC memacam bantuan dapat.
siap setiap tahun hari raya dapat shopping baju raya.
So far x membebankan sangat kat sana, sebab dia ada bantuan projek khas untuk golomgan yang x bergaji tinggi.

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bkn sekolah pon ada bagi bantuan utk murid susah ke...

Masuk la dik TKC tu. Org berebut2 nak masuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-1-2020 10:41 AM | Show all posts
Bantuan memang ada.. Tapi still kena keluar duit jugak beli barang, duit belanja etc.. Takpa lah dik, kalau memang pandai rajin belajar, mana2 sekolah pun sama saja..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 7-1-2020 10:39 AM
Bkn sekolah pon ada bagi bantuan utk murid susah ke...

Masuk la dik TKC tu. Org berebut2 nak mas ...

Betul tu... ini bukan masuk.sbp biasa.. ini tkc ni...
Rugi nya kalau x pergi....  



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2020 10:51 AM | Show all posts
semuga dipermudah urusan adik ini dan berjaya masuk semula ke TKC



teringat awek gua budak tkc zaman dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 10:55 AM | Show all posts
sepatutnya guru sekolah menjadi mentor untuk nasihat adik nie....kejayaan dia untuk mengubah masa depan keluarga juga....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 10:55 AM | Show all posts
cikgu sekolah die xbuat something ke utk die?
biasanya bdk2 pandai ni cikgu akan alert & guide diorg..sygnye bkn senang nk masuk tkc tu...i dulu penah berangan teringin sgt nk msk tkc tp sbb xpandai sgt duk smk sudah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 11:01 AM | Show all posts
Edited by karlmax8 at 15-11-2024 05:46 PM

....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 11:04 AM | Show all posts
tak apa dik..... masuk sekolah biasapun tak apa ...
masa SPM nanti cuba dapat yg terbaik munkin ..
ah dik ramai je yg dapat result bagus masa UPSR tapi tak mahu sambung sekolah bagus
masa SPM yg penting tu dik ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Alumni TKC blh bantu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 11:20 AM | Show all posts
karlmax8 replied at 7-1-2020 11:01 AM
Yang ketua Amanah pon sedap cakap sekolah SBP ni bantuan kerajaan, tak beban.

Aku dulu SBP, ...

Betul, hakikatnya belanja untuk SBP ni byk compared to sekolah biasa. Ada kawan aku dulu sampai nanges2 nak berhenti SBP sbb perbelanjaan sekolah yg tinggi berbanding sekolah biasa... dia dari keluarga yang miskin jugaklah, dapat bantuan pon tak mencukupi sebenarnya. Adik beradik lain sekolah biasa... so mak bapak dia tahu lah perbandingan sekolah biasa vs SBP macamana.
orang yg cakap dapat peluang masuk SBP jgn persiakan nii tak berada dlm situasi mak bapak/pelajar daripada golongan yang tak mampu nii mungkin kurang paham beban yg terpaksa diaorg tanggung.

Tak apa dik... belajar kat mana pon sama jer. Semoga berjaya



Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 11:31 AM | Show all posts
mulianya peribadi kau nak.

kipidap.


god speed always.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2020 11:32 AM | Show all posts
entahla nak..moga dipermudahkan
banyak ongkos overhead
nak masuk balik lepas cuti pun ongkos lagi barang2 hilang
dengan tekanan sesama pelajar
tpai aku sendiri tak kisah mana2 dia nak sekolah..semua dia pandai2 sendiri yang apply
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 11:40 AM | Show all posts
rasanya lepas berita ni viral
pihak TKC bagi dia sepsel verification code to enter

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 11:42 AM | Show all posts
dia tolak masa dia interview kan?  kenapa org yang interview dia tu tak explain kat dia dan bg bantuan kan dia. haishhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2020 11:43 AM | Show all posts
Assalammu'alaikum n selamat sejahtera.

Dah masuk mmg dpt bantuan.  Ni cerita sebelum masuk.  Nak pergi pun kena ada duit, nak beli barang semua.  Byk tu bagi org yg betul2 tak mampu.  Kalau saudara-mara sanggup sponsor lain cerita.  Tu belum cerita nak masuk U lagi.

Takpalah, nak.  Kalau benih baik, letak mana2 pun akan tumbuh dgn baik.  Yg penting, niat ibubapa n niat anak tu sendiri mesti betul.  Kenapa ke sekolah?  Bkn sbb kerja, bkn sbb trend, bkn sbb apapun melainkan ke sekolah utk menimba ilmu kerana Allah swt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 1.102318 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list