Sebut sahaja rumah Pr1ma, ramai sudah maklum ia dikhususkan kepada golongan berpendapatan sederhana antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan. Ianya mendapat sambutan hangat kerana antara projek rumah mampu milik untuk warganegara Malaysia. Malahan untuk lokasi di bandar dengan harga RM300,000 bagi keluasan 900kps dianggap berbaloi.
Bagaimanapun yang menjadi masalahnya sekarang ialah struktur binaannya yang seperti tidak siap, banyak kerosakan dapat dilihat dengan mata kasar dan pelbagai lagi masalah lain. Lebih teruk tidak padan dengan harganya, sekali imbas seperti rumah kos rendah pula.
Kredit foto: Twitter
Bagi segelintir warganet, membeli rumah Pr1ma seakan menjerat diri kerana kualiti yang dihasilkan tidaklah seindah yang digambarkan. Ada sahaja cacat cela di mana-mana namun bagi segelintir pihak lagi, mereka menganggap ianya bergantung kepada siapa syarikat pembangunan itu sendiri.
Twitter
Malahan ada yang mengatakan kualiti rumah di Malaysia sangat hancur, kerana tahap penjimatan mereka berada di tahap maksimum semata-mata untuk mendapatkan keuntungan lebih.
Twitter
Jadi, buat lah pilihan bijak ketika membeli rumah. Pastikan anda siasat terlebih dahulu syarikat pembinaanya supaya tidak terkena ya.- CARI
|