Terdahulu, tular video mengenai pelakon Fara Mendoza yang kononnya menggugurkan kandungan, namun dakwaan tersebut dinafikan sekeras-sekerasnya oleh Fara.
Sebaliknya, dia menjelaskan ketika itu dia sedang 'dirasuk' dan dalam proses pemulihan.
Kredit Foto - FB Arydilla Js
Terbaru, seorang pengguna Facebook, Arydilla Js memuat naik hantaran mendakwa suaminya 'diganggu' dan difitnah oleh Fara. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah dikongsi sebanyak 1.9K kali.
Kredit foto: FB Arydilla Js
Menurut Arydilla, pertemuan kali pertama dan terakhir suaminya dengan Fara adalah ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan.
Arydilla mendakwa, Fara meminta untuk dihantar pulang oleh suaminya ke sebuah hotel, namun ditolak suaminya. Akhirnya, Fara telah dihantar oleh lelaki lain.
Malah, Fara berjaya memiliki nombor telefon suaminya tanpa izin dan terus mengganggu suaminya itu.
Pada peringkat awal, mereka suami isteri mengganggap Fara sebagai kawan kerana Fara turut bersahabat baik dengan kenalan Arydilla.
Arydilla turut menegaskan tiada bukti gambar diberi seperti mana yang diuar-uarkan.
Dalam video yang dikongsikan, Fara bagaimanapun menepis semua dakwaan tersebut.
Tak habis-habis dengan kontroversi. Tak tahulah siapa yang betul dan siapa yang salah.
Namun, apa yang pasti adalah untuk individu beragama Islam, gangguan orang ketiga dalam rumah tangga dikira sebagai jenayah dan boleh didakwa di bawah seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (WP).
Jika sabit kesalahan, orang ketiga boleh dipenjara tiga tahun atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali. - CARI
|