Cerita pelancong mengemis di negara-negara Asia bukanlah satu perkara baru. Malahan pernah berlaku insiden golongan ini membuat persembahan membabitkan bayi mereka di Bukit Bintang dan berakhir dengan ditangkap polis. Namun mereka seakan tidak pernah serik.
Terbaharu, membuka tirai 2020 ada yang ternampak puak-puak sebegini mengemis di TBS, Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan wang bagi meneruskan perjalanan mereka.
Kredit foto: Twitter
Kelihatan dua lelaki 'backpackers' menulis di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu menyatakan masalah mereka yang kehilangan beg, jadi memerlukan makanan serta penginapan bagi meneruskan perjalanan. Lelaki tersebut nampak sihat dan tiada cacat celanya berada di tepi jalan tanpa segan silu sambil meletakkan uncang untuk sesiapa yang melalui tempat itu bagi 'bersedekah'.
Menurut portal Travel Jimat, perbuatan sebegini masih dipandang ringan oleh segelintir pihak manakala orang tempatan pula tidak kisah untuk memberi sedikit duit mereka bagi menolong 'backpackers' ini. Bagaimanapun, hal ini akan membuatkan lebih ramai golongan ini memandang mudah serta akan terus melakukannya kerana tahu tiada tindakan tegas seperti yang dilakukan oleh negara Asia lain.
"Indonesia, Thailand dah Hong Kong sudah menguatkuasa undang-undang utk tahan BEGpacker ni, cuma di Malaysia belum nampak mana-mana pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang agresif, walaupun kadang2 BEGpacker ni hanya di hadapan anggota polis, apatah lagi imigresen yang sendu."
Aksi pasangan Rusia yang melambung bayi semata-mata untuk mendapatkan duit - Google
Warganet turut berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan pelancong asing yang mempunyai mentaliti sebegini. Rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan pelancong asing sesuka hati mengemis tetapi apabila warga Malaysia yang ingin keluar negara pula seperti Australia, disiasat rapi sama ada mempunyai wang atau tidak sebelum dilepaskan pergi.
Malahan, ada juga insiden pelancong itu sendiri meminta orang tempatan bergambar dengannya beserta syarat perlu membayar RM10.
Amboi, senangnya hidup mereka. Nak melancong dan melihat negara orang tetapi mengemis pula di negara tersebut. Sesuatu perlu dilakukan supaya mereka sedar bahawa ianya adalah kesalahan di bawah undang-undang Malaysia. "Banyak cantik, kau yang berjalan, kami yang tanggung?" - CARI
|