|
Foto: IG
Setelah memuat naik sekeping gambar dengan mengenakaan hijab di Instagramnnya berserta kapsyen berbunyi; "2020, barangkali?" Emelda Rosmila yang popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela dan kini telah lama menyepi dari terlibat dengan sebarang aktiviti lakonan sejak 2017 telah mencetuskan spekulasi bahawa dia bakal bertudung.
Walaupun mendapat perhatian dan pujian daripada rakan artis serta pengikut di laman sosial yang memuji langkahnya berhijab, pelakon yang juga isteri kepada Adlin Aman Ramlie ini segera tampil dan menjelaskan situasi sebenar kepada BH Online bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham.
Menerusi laporan BH Online, Emelda memberitahu dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah di Tanah Suci bersama keluarga buat kali kedua awal bulan lalu.
Namun, Emelda mengakui sudah membiasakan diri berberhijab dan mahu terus istiqamah.
"Saya perlu menjelaskan ada beberapa komitmen kerja yang dipersetujui lebih awal sehingga April depan. Jadi, sukar untuk saya bertudung penuh," kongsinya lagi kepada BH Online.
Walau bagaimanapun, pelakon itu berharap agar diberikan keteguhan hati untuk kekal berhijab sebaik sahaja tidak terikat dengan mana-mana komitmen lakonan atau tugasan kelak.
Selain itu, suaminya juga menyokong niat murninya itu dan Emelda turut mengakui sudah berjinak-jinak membeli tudung bagi menambah koleksi sedia ada.
“Namun, saya tidak mahulah ‘feeling’ bertudung, selepas itu buka. Pulang dari umrah, hasrat berhijab cukup menebal. Saya hendak cuba membiasakan diri perlahan-lahan,” katanya kepada BH Online.
Jadi, diharapkan Emelda yang kini menceburkan diri dalam bidang pertanian dan sibuk menguruskan kebunnya diberikan kekuatan untuk berhijrah dan berhijab suatu hari nanti setelah betul-betul bersedia. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|