Wartawan muslim diberi peluang merasai sendiri Banh Mi Khinzir istimewa
Membaca ayat di atas pasti membuatkan ramai menggeleng kepala, tetapi nanti dulu, ianya bukan seperti yang anda fikirkan kerana daging khinzir yang dimaksudkan bukanlah daripada khinzir sebenar. Ianya lebih kepada ciptaan sebuah syarikat produk makanan yang beroperasi di Redwood City, California menggunakan produk lain dengan mencipta 'patty' yang mempunyai bau dan aroma sama seperti daging khinzir sebenar. Jadi, ianya halal dimakan kan?
World Of Buzz
Menurut syarikat Impossible Food, ciptaan itu menghasilkan daging berperisa khinzir tapi tidak menggunakan daging khinzir langsung.
Pelik tetapi benar.
Menurut portal World of Buzz, protein utama bagi patty ini adalah berasal dari soya dan sumber lemak utama ialah minyak bunga matahari dan minyak kelapa. Mereka juga meletakkan asid amino, vitamin, gula dan sebatian yang boleh dijumpai dalam organisma hidup serta campuran bahan kimia bagi menghasilkan rasa dan aroma seperti daging asal.
Bentuk patty 'khinzir' sebelum dimasak
Rentetan itu, seorang wartawan wanita muslim yang dikenali sebagai Abrar al-Heeti telah diberi peluang untuk merasai sendiri hidangan Banh Mi Khinzir. Abrar menyatakan yang dia bukanlah pakar dalam merasa sesuatu makanan. Apatah lagi menilai makanan yang selama ini dilarang dalam Islam, jadi ianya adalah kali pertama dia mengulas mengenai hal sebegini.
IG
"Memang ia bukan daging khinzir sebenar, saya tetap merasa sukar untuk menelannya. Ketika mula mengigit, saya ada rasa seperti daging ayam di salai. Malahan rakan-rakan Cnet juga menegaskan 'patty' ini rasanya sama dengan daging khinzir sebenar."
Walaupun di dalam ulasannya, Abrar seolah-olah menyesal dengan percubaan makanan tersebut, namun makanan yang dicipta tu sememangnya bebas dari hormon haiwan dan antibiotik dari haiwan.
World Of Buzz
Jadi, bagaimana? Jika 'patty' daging 'khinzir' ada di sini, ada sesiapa yang berani mencubanya tanpa berasa loya? - CARI
|