View: 7641|Reply: 43
|
"Malangnya, Ia Hanya Satu Pembohongan" - Impian Shima Hasil Album Musn
[Copy link]
|
|
Kredit foto: Berita Harian
"Malangnya, ia hanya satu pembohongan"
Penyanyi rock popular era 1990-an, Shima, 51, mendakwa impiannya untuk menghasilkan album mini musnah apabila ditipu pasangan suami isteri dari Singapura, tahun lalu.
"Sebagai penyanyi, siapa tidak gembira apabila ada individu sudi mengeluarkan bajet untuk album mini yang memuatkan lima lagu?
"Saya pula sudah lama menyimpan keinginan mahu merakamkan lagu terbaru.
"Kali akhir saya merakamkan album adalah kira-kira 15 tahun lalu, menerusi 'Ke Pangkuanmu'," katanya yang dipetik dari Berita Harian.
Shima mendakwa, pasangan terbabit menghubungi dirinya kerana mahu membantu merealisasikan hasrat untuk muncul dengan lagu terbaru.
Shima turut memaklumkan tidak pernah bertemu pasangan terbabit, sebaliknya hanya berbual menerusi telefon.
Malah, pasangan itu juga bertindak menghubungi Fauzi Marzuki, kononnya mahu menggunakan khidmat komposer terkenal berkenaan selaku penerbit album.
"Namun, semua janji mereka hanya palsu apabila Fauzi juga ditipu.
"Awalnya, saya masih mempercayai janji manis yang ditaburkan, tetapi saya dihubungi oleh beberapa anggota kumpulan rock popular yang juga pernah ditipu," ujarnya.
Anggota kumpulan rock berkenaan memaklumkan kepadanya mengenai modus operandi pasangan suami isteri terbabit.
Kata Shima, mereka melihat gambarnya terpampang di laman web syarikat pasangan suami isteri itu.
Kononnya, sesiapa yang mahu menawarkan persembahan untuknya di Singapura boleh berbuat demikian menerusi pasangan itu.
Sudah ramai penyanyi yang menjadi mangsa penipuan mereka dan alamat pejabat mereka di Kuala Lumpur pun tidak pernah wujud.
Shima mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu ada penyanyi lain menerima nasib sama sepertinya.
"Saya sudah berangan mahu memiliki lagu baharu, tahun ini, tetapi nampaknya tiada rezeki.
"Jika diizinkan Tuhan, saya memang mahu muncul dengan lagu terkini, sebelum menutup mata," tuturnya.
Zaman sekarang pelbagai cara orang nak menipu dan mengambil kesempatan. Bila kita terlalu naif memang mudah terpedaya.-CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takpelah.. mana tau ada rejeki lain yg Allah nak bagi. masalahnya tapi.. acik shima ada x bagi duit modal kt depa? kalau xde, takpelah x terkilan sangat. tapi kalau ada bagi duit tu lebih hangen |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la acik shima, suara acik pun dah tak macam dulu
malam tadi kat tv1 saya tgk acik nyanyi, kesian saya tgk acik struggle nak nyanyi
lagu pertama tak abis saya dah tukar cenel sebab kesian sgt |
|
|
|
|
|
|
|
takpelah Shima..ada hikmahnya tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan rezeki chuols lagi tu kak. takpelah, akak doa jer mereka dpt "cash" di dunia ni. keji sgt perbuatan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aah same...
1st die nyanyi lagu Luka dilukai tu pun dh sedih..
lps tu die nyanyi lagu catchy pun..
sedih jgk..
hmm..dh la tu acik shima..bwk2 la berehat dr industri..
rezeki byk kot lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak menten jadi penyanyi badan kena fit..kalau dah bgitu agak kelaut je nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanya sikit..knp kak shima pcaya org nk keluarkan album zaman skrg ni?tp harap2 kak shima x melabur skali..hr tu dh dpt bantuan zakat ke ape tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan tahun 90an tau kak shima.. mana ada penyanyi berani keluarkan album waima mini album sekalipun.. realistik la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Shima, cuba akak tanya pada kak Aishah Janji Manismu how to keep fit? Biasanya badan besar saiz kita2 ni kena banyak bergerak kalau nak jaga suara tambah2 pulak kena minum banyak air masak, haaa lagi satu contoh pi laa tanya DCT time nak konsert DCT tetiap hari work-out bagi keep fit atas stage |
|
|
|
|
|
|
|
Kena game lar agaknya kot sebab tak sebut berapa ribu sudah lesap. Suara dia ni pun dah out, kenapa diorang ni tak boleh move on? Malah yang bekerja diopis pun kena pencen jaga cucu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la kak shimateringin..sudah2lh menyanyi tu
Lg baik kak shimateringin join grup2 marhaban... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha.
Semua nak teringin... ni branding dia kut. Tu je lagu dia yang orang tau.
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni dgn ella raseeeeerrr lebih kurang je umurnya kan? tapi ella nampak muda la waupun bengkak sana sini..tu bezanya org berduit dengan tidak |
|
|
|
|
|
|
|
shima...ingatkan wan maimunah tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah shima meniaga balik lauk pauk dr menyanyi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malam tadi aku tertengok shima nyanyi lagu Luka Dilukai dgn Apa Ku Rasa, rasa mcm nak rampas jd mic, bak sini biar aku nynyi. Sumbang mambang kak ko nyanyi. Elok sikit la si Salwa dgn Dara jalil nyanyi walhal dara dgn salwa lg lama berkecimpung dan lg tua umornya. Wat hapen shima? Nama kau besar kot dlu! |
|
|
|
|
|
|
|
berpijaklah di bumi nyata, Dato' Sitipun dah tak berani nak keluar album kak oi, semua keluar single ja
|
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 13-1-2020 05:01 PM
Malam tadi aku tertengok shima nyanyi lagu Luka Dilukai dgn Apa Ku Rasa, rasa mcm nak rampas jd mic, ...
Walaupun akk xberapa minat ngn salwa abd rahman n rohana jalil, tp deorang perform lagi bagus dari shima yg suaranya akk minat dulu2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|