Kredit Foto - welluniform.my
Sudah 2020. Masih ada segelintir individu yang berfikiran kolot seumpama kata pepatah seperti katak di bawah tempurung.
Perkara ini dikongsi di media sosi@l Twitter. Baca lanjut.
Mengejutkan bukan kerana masih ramai mentaliti mereka di takuk lama walaupun kita sudah 60 tahun merdeka dan hidup berbilang kaum dan agama.
Asal berbaju kurung boleh terus diislamisasi.
Tidak berakhir di situ, pengguna ini menjawab bahawa beliau berbaju kurung kerana pergi ke sekolah sebelumnya dan apa salahnya jika seseorang itu memeluk Islam?
Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, pakcik tersebut membidasnya dengan mengatakan bahawa apabila seorang itu memeluk Islam, kebebasannya untuk minum arak, berjudi, makan daging b@bi dan berseluar pendek akan terhapus.
Baju kurung dan jawi bukan sebahagian dari proses islamisasi. Ianya satu tradisi. Berbaju kurung dan belajar jawi tidak terus menjadikan seseorang itu muslim.
Pengguna ini turut menyatakan bahawa pemikiran sesetengah warga emas sentiasa merasakan mereka sahaja yang betul serta memaksa atau mempengaruhi orang lain mempercayainya.
Bukankah sepatutnya golongan ini yang lebih dulu makan garam berfikiran lebih terbuka?
Malah golongan ini sepatutnya menambahkan ilmu pengetahuan tentang agama lain kerana secara keseluruhannya tiada agama yang memaksa penganutnya berbuat perkara tidak baik tulis pengguna ini lagi.
Rata-rata pengguna Twitter lain turut bersetuju dengan pandangan anak muda ini.
Menghormati budaya orang lain adalah salah satu cara kita bergerak ke hadapan...
Pakaian tidak melambangkan taqwa seseorang apatah lagi bangsa atau agama, tapi yang bertaqwa pasti akan menjaga cara pemakaian.
Sepatutnya kita perlu mengetahui perbezaan antara kebudayaan dan agama kerana ada sempadan yang memisahkannya.
Setengah orang suka berfikir dengan hati bukan dengan fikiran.
Mereka adalah orang-orang yang cenderung membuat keputusan dan bertindak berdasarkan apa yang mereka rasakan, bukan apa yang mereka pikir paling rasional. - CARI
Sumber - Twitter
|