View: 1795|Reply: 11
|
Pakat Dengan BF, Pembantu Klinik Ditahan Samun Doktor
[Copy link]
|
|
Seorang pembantu klinik ditahan polis selepas disyaki menyamun seorang doktor di sebuah klinik di Taman Pandan Indah, Ampang Jaya, Selangor, lapor Astro AWANI.
Malah, suspek turut disyaki bersubahat melakukan jenayah itu dengan teman lelakinya berusia 26 tahun.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima laporan mengenai lelaki bersenjatakan objek menyerupai pistol menyamun seorang doktor di klinik terbabit pada 8.48 pagi, Isnin.
Katanya, kejadian itu menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM2,443.
"Berdasarkan semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah masuk ke dalam klinik dan keluar selepas beberapa minit dengan hasil wang perniagaan klinik tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa dipetik AWANI.
Tambahnya, pihaknya mendapati keterangan pembantu klinik berusia 24 tahun berkenaan meragukan.
Gambar Hiasan
Soal siasat mendapati suspek yang bekerja sejak lebih sebulan lalu di klinik itu berpakat dan bersubahat dengan kekasihnya yang baru dikenali enam bulan lepas.
"olis merampas pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian, wang tunai berjumlah RM310, dua resit deposit tunai berjumlah RM2,050 dan barangan lain untuk tujuan siasatan," katanya.
Polis kemudian menahan kedua-dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan dengan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Knp x samun ptg2 skit..mesti dpt lebih..ni klinik blm buka korang dh samun |
|
|
|
|
|
|
|
petang penyamun tu nak masuk lokap jadi kena samun pagi
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau samun petang malam kena tangkap sejuk sikit..mak bapak nk dtg jamin pun senang sbb dh abis kje.. |
|
|
|
|
|
|
|
tp lauk malam xsedap dalam lokap
|
|
|
|
|
|
|
|
elok2 ad keje pegi samun majikan. jumpa plak bf sama setan. match made in hell |
|
|
|
|
|
|
|
any42 replied at 14-1-2020 01:54 PM
elok2 ad keje pegi samun majikan. jumpa plak bf sama setan. match made in hell
Kerja elok2 skang dah ada criminal record. Padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
early bird gets the worm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib ada cctv tolong kantoikan kegiatan mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Boomibulat replied at 14-1-2020 01:26 PM
Knp x samun ptg2 skit..mesti dpt lebih..ni klinik blm buka korang dh samun
Duit collection semlm tu....
Tak sempat nk bank in lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa: Nasib ada cctv tolong kantoikan kegiatan mereka
tapi ada satu kes tu tak boleh di dakwa kerana tiada audio |
|
|
|
|
|
|
| |
|