Kemunculan pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis atau lebih manja dengan sapaan Aqish dalam program Bersamamu terbitan TV3 baru-baru ini mendapat perhatian ramai yang ternyata terkejut mengetahui kehidupan terkini pelakon berusia 13 tahun itu.
Dalam ramai yang meluahkan rasa simpati, ada juga yang seolah-olah mempersoalkan tentang sikap kedua-dua ibu bapa Aqish yang membiarkan anak mereka untuk membanting tulang walaupun dalam keadaan kurang sihat.
Terbaru, pelakon Nabila Huda juga lantang meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya menerusi salah satu postingnya di laman Twitter.
"Persoalannya, kenapa seorang budak yang ada kanser, dibiarkan berjalan satu KL untuk sara hidup sedangkan ibu bapa dia mempunyai kaki dan tangan yang sempurna?"
"Kenapa seorang budak kena ikat perut, sedangkan ibu dan bapanya mempunyai kemampuan untuk berjalan, bercakap dengan sempurna?"
Nabila juga seolah-olah mempersoalkan kesanggupan ibu dan bapa kepada Aqish membiarkan anak mereka melakukan kerja dan mengikat perut walaupun dalam keadaan kesihatan yang lemah.
Kredit foto : Twitter Nabila Huda
Tweet Nabila tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial tersebut dan telah diulang kicau (retweet) lebih dari 2 ribu kali.
Ramai yang cuba mempertahankan ibu Aqish dan mengatakan keadaan kesihatan Aqish yang tak mengizinkan menyukarkan ibunya untuk mencari pekerjaan tetap.
Kredit foto : Twitter Nabila Huda
Ada juga yang turut bersetuju dengan Nabila dan merasakan Aqish masih terlalu muda untuk dibebani dengan tanggungjawab dan masalah sedemikian.
Kredit foto : Twitter Nabila Huda
Bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan tindakan Nabila dan memintanya untuk mendiamkan diri sekiranya enggan membantu.
Kredit foto : Twitter Nabila Huda
Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segala urusan adik Aqish dipermudahkan dan diberi kesembuhan dari penyakit yang dihidapinya.
Mungkin pihak produksi juga boleh membantu dengan menawarkan beberapa watak yang sesuai dengan keadaan kesihatan Aqish sekarang. Bukan apa, sayang bakat Aqish disia-siakan begitu sahaja. Betul tak? -CARI |