CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5590|Reply: 36

[Dunia] Asap kebakaran Australia kelilingi bumi

[Copy link]
Post time 15-1-2020 08:08 AM | Show all posts |Read mode


WASHINGTON - Awan asap daripada kebakaran dahsyat Australia dijangka mengelilingi bumi dan kembali semula ke negara itu.


Perkara itu didedahkan Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) berdasarkan data daripada satelit yang memantau pergerakan asap tersebut pada atmosfera selepas ia kini menuju ke Amerika Selatan.

"Menjelang 8 Januari lalu, asap tersebut sudah mengelilingi separuh daripada bumi dan menyebabkan langit berjerebu. Ia dijangka mengelilingi seluruh bumi sebelum kembali semula ke ruang udara Australia," jelas NASA menerusi laman web mereka.


Lebih 11 juta hektar kawasan hutan dan ladang pertanian di Australia musnah sejak kebakaran dahsyat itu bermula pada September lalu.

Difahamkan, kawasan paling teruk terjejas adalah di New South Wales dan Victoria dan di sepanjang hutan pantai timur.

Asap yang menyeberangi Laut Tasman turut menyebabkan pencemaran udara teruk di beberapa bahagian di New Zealand selain menyebabkan salji di kawasan pergunungan bertukar warna coklat.

Menurut NASA, ribut tersebut dihasilkan oleh api digelar pyrocumulonimbus menyuntik sejumlah besar asap pada stratosfera yang berada lebih 16 kilometer dari permukaan bumi.

"Ia boleh bergerak sejauh ribuan batu daripada sumber asalnya apabila berada di stratosfera dan memberi kesan kepada keadaan atmosfera di seluruh dunia," ujar agensi itu lagi.

Ribut petir kering itu juga menghasilkan petir yang boleh mencetuskan kebakaran baharu. - Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2020 08:14 AM | Show all posts
Tu lah, thn lepas kecam sgt negara mendonia sbb punca jerebu, skg tuhan bayar cash.....lagi teruk kena
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 08:38 AM | Show all posts
apa penjelasan flat earth ?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:38 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 15-1-2020 08:38 AM
apa penjelasan flat earth ?

hat ni kena tunggu sohai sexplain
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 09:42 AM | Show all posts
sian haiwan dekat sana... berjuta juta jugak haiwan yg terkorban
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 10:23 AM | Show all posts
Kurex replied at 15-1-2020 09:42 AM
sian haiwan dekat sana... berjuta juta jugak haiwan yg terkorban

Barangkali Allah nak musnahkan haiwan dulu, kemudian tanaman dn terakhir manusia. Kalau kita baca berita2 dunia, ada saje bencana alam. Austraia terbakar, gunung api meletus di sana sini, tanah runtuh, pemanasan gobal, dll. Dn bencana alam ini tak terkendali dek manusia untuk menangkisnya. Sedangkan manusia terus saja bergaduh dn berperang sesama sendiri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2020 10:30 AM | Show all posts
Maaf aku cakap...bencana alam ni...adalah bersebab,...Manusia mendongak kelangit tanda insaf...adalah baik...tapi kalau manusia mendongak kelangit kerana sombong dan takbur....natijahnya.Sendiri buat sendiri tanggung...

Apapun takziah buat Austaralia...semoga kembalilah kepada fitrah....beroleh aman..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:05 AM | Show all posts
"Menjelang 8 Januari lalu, asap tersebut sudah mengelilingi separuh daripada bumi dan menyebabkan langit berjerebu. Ia dijangka mengelilingi seluruh bumi sebelum kembali semula ke ruang udara Australia,"


Macam boomerang pandai kembali ke tempat asal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 15-1-2020 10:23 AM
Barangkali Allah nak musnahkan haiwan dulu, kemudian tanaman dn terakhir manusia. Kalau kita baca  ...

Membayangkan dunia tiada haiwan dan tanaman, dan akhirnya jadi planet ala2 marikh...
Dunia akan menjadi huru hara
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 15-1-2020 10:23 AM
Barangkali Allah nak musnahkan haiwan dulu, kemudian tanaman dn terakhir manusia. Kalau kita baca  ...

Mungkin jugak,atau ini sebagai amaran yg akan ada asap tebal yg lagi teruk akan menimpa manusia...tahun lepas hutan amazon tebakar ni kat Australia pula lepas ni x tahu pulak kt mana...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 11:56 AM | Show all posts
peringatan kpd manusia sejagat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 12:12 PM | Show all posts
Semoga kita semua ambil ikhtibar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:34 PM | Show all posts
Manusia adalah cancer kepada bumi
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:36 PM | Show all posts
kesiannya haiwan2
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempat iols hari2 ujan.
Ni pun baru teduh..
Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 15-1-2020 01:58 PM
Tempat iols hari2 ujan.
Ni pun baru teduh..
Alhamdulillah.

bestnya...tmpt i panas terik dan kering.malam2 pun berkuap
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ohnoLia replied at 15-1-2020 11:53 AM
Membayangkan dunia tiada haiwan dan tanaman, dan akhirnya jadi planet ala2 marikh...
Dunia akan m ...

Entah sempat entah tidak  dunia bertukar spt  Marikh.  Gunung meletus sana sini, kemungkinan terjadi tsunami, air laut
menerjah daratan memusnahkn bangunan,  tanaman, mematikn manusia dn haiwan. Manusia akan jdi lebih rakus lagi berebut makanan dn minuman shnga akhirnya  malaikat tiup sangkala.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 15-1-2020 06:13 AM
bestnya...tmpt i panas terik dan kering.malam2 pun berkuap

Iols kat JB
Kalau siang tak ujan, mlm mesti ujan
Ni pun sejuk berangin..mendung balik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2020 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 15-1-2020 02:14 PM
Entah sempat entah tidak  dunia bertukar spt  Marikh.  Gunung meletus sana sini, kemungkinan terja ...

Sgt2  serem sis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.375368 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list