Kahwin memang seronok, siapa yang tak suka, apatah lagi kalau dapat isteri yang menawan rupa paras dan lemah gemalai sikapnya.
Tetapi, nasib seorang imam di Uganda tidak berapa baik selepas terbongkar isterinya ialah seorang lelaki.
Akhbar Daily Mail melaporkan kisah Sheikh Mohammed Mutumba, 27, yang kecewa teruk selepas mengetahui isteri kedua yang sudah dua minggu dinikahinya sebenarnya seorang lelaki.
Mutumba kecewa selepas isterinya disahkan seorang lelaki
Foto: DailyMail
Perkara itu terbongkar apabila pengantin baharu itu kantoi mencuri televisyen dan pakaian jiran. Anggota polis wanita yang melakukan pemeriksaan kemudian mendapati pengantin baharu itu sebenarnya seorang lelaki.
Mutumba berkata, beliau ingat beliau berkahwin dengan seorang wanita bernama Swabullah Nabukeera pada Disember, tetapi mengakui belum pernah melakukan hubungan intim kerana "wanita" itu mendakwa sedang datang bulan.
Rupa-rupanya, "wanita" itu menyamar untuk memudahkan kerja mencuri duit imam dan namanya yang sebenar ialah Richard Tumushabe.
Malah, rakan-rakan dan ahli keluarga juga terkejut besar kerana Richard yang menyamar sebagai wanita itu mempunyai suara lembut dan berjalan seperti wanita, membuatkan mereka tidak mengesyaki apa-apa.
Menyamar jadi wanita, boleh lepas ke ni?
Foto: DailyMail
Tetapi, Mutumba pernah merungut sebab isteri baharunya itu enggan menanggalkan pakaian ketika tidur bersama. Rupa-rupanya, takut kantoi "berbelalai".
Mutumba kini digantung tugas sebagai imam sementara menunggu siasatan dan dilaporkan trauma ditipu selain perlu menjalani kaunseling.
Aduh, makin 'canggih' pencuri nak mencuri sampai sanggup menyamar jadi wanita dan berkahwin! - CARI
|