CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2625|Reply: 5

Tebus e-Tunai Rakyat Sebanyak RM30 Secara Percuma, Ikuti Langkah Berikut

[Copy link]
Post time 16-1-2020 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Untuk Belanjawan 2020, kerajaan telah mengumumkan untuk memantapkan lagi penggunaan e-wallet dalam kalangan rakyat Malaysia. Untuk menjadikan impian ini menjadi realiti, kerajaan telah membelanjakan RM450 juta untuk diberikan kepada hampir 15 juta rayat Malaysia dalam program E-Tunai Rakyat. Setiap pengguna yang layak akan diberikan sebanyak RM30 di dalam akaun e-wallet mereka.


Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu sebelum mendapatkan RM30 secara percuma.



Sumber Gambar: SoyaCincau





Di Mana Boleh Tebus RM30 Ini?


Untuk penetahuan anda, kerajaan telah memilih tiga aplikasi penyedia e-wallet yang terkenal di Malaysia iaitu:


1. Boost
2. GrabPay
3. TnG eWallet


Anda perlu memilih salah satu daripada aplikasi e-wallet ini dan tebus RM30 tersebut. Setiap individu hanya boleh menebus sekali sahaja untuk program E-Tunai Rakyat ini.


Bila Boleh Tebus RM30 Ini?


Penebusan RM30 ini boleh dilakukan bermula 15 Januari 2020 sehingga 8 March 2020. Insentif RM30 itu pula perlu dihabiskan sebelum 14 March dan baki yang tidak digunakan sebelum daripada tarikh itu akan dipadam daripada akaun e-wallet pengguna.


Siapa Yang Layak Mohon?


Berikut adalah beberapa syarat yang dikenakan oleh kerajaan untuk memohon RM30 dalam program E-Tunai Rakyat.


1. Pemohon ialah rakyat Malaysia
2. Berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun 2020
3. Pendapatan tahunan isi rumah di bawah RM100,000


Cara Untuk Tebus RM30 (Aplikasi Boost)


Pasti anda tertunggu-tunggu untuk bahagian ini, namun memandangkan penulis menggunakan aplikasi Boost, penerangan di bawah ini akan lebih mendalam dan tertumpu untuk aplikasi Boost. Akan tetapi tiada apa yang perlu dirisaukan, cara penebusan bagi setiap aplikasi e-wallet adalah sama sahaja.



Sumber Gamber: TechNave



1. Muat turun salah satu daripada tiga aplikasi tersebut dan daftar sebagai pengguna kali pertama.
2. Klik pada 'Claim Your RM30' di halaman utama aplikasi Boost.
3. Masukkan code "azfx3n2" untuk e-Tunai Rakyat Referral Program





4. Anda akan diminta untuk mengambil gambar IC dan video selfie untuk mengesahkan penebusan RM30.
5. Wang akan dimasukkan ke dalam akaun e-wallet dalam tempoh 5 hari.








Di Mana Anda Boleh Guna e-Wallet RM30 Ini?


Sebenarnya, banyak tempat dan aplikasi yang anda boleh guna apabila membayar menggunakan aplikasi e-Wallet. Berikut adalah beberapa contoh penggunaan e-wallet:


1. Boost: Bil Astro, Bil Unifi, Watsons
2. GrabPay: GrabCar, GrabFood, prepaid telefon bimbit
3. TnG eWallet: Tiket wayang, tiket penerbangan, Tealive


Sebenarnya mudah sahaja cara untuk memohon RM30 ini, malah data anda seperti gambar IC dan selfie juga akan disimpan dan tidak akan boleh diakses oleh orang lain. Untuk info atau pertanyaan lebih lanjut, anda boleh kongsikan di ruangan komen. - CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2020 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sodihhhh rm30
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 02:11 PM | Show all posts
Dah register tapi still belum receive after 2 days.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak takut nak redeem lps org update kt fb yg data kita kena jual
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
incess.my replied at 17-1-2020 03:51 PM
Akak takut nak redeem lps org update kt fb yg data kita kena jual

Memang China yang empunya database ni bacalah terms & condition. Semua ewallet ni China yang punya
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah masuk duit.. Minggu lps register ari rabu at khamis x Ingat..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366600 Replies : 3562
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43905 Replies : 574
Rumah besar macam istana, Amira Othman anak orang kaya tapi tak suka menunjuk
RalineRumah besar macam istana, Amira Othman a
Views : 21544 Replies : 164
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58224 Replies : 1097
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 3421 Replies : 1
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39021 Replies : 87
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31606 Replies : 23
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26803 Replies : 39
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 11602 Replies : 4
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35742 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 10:02 PM GMT+8 , Processed in 1.908553 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list