Pelakon Zara Zya yang baru-baru ini terpalit isu putus tunang dengan selebriti yang juga seorang pelakon, Hafreez Adam sebelum ini dilaporkan ada membuka sebuah kedai makan yang diberi nama Suka Makan Restaurant.
Namun ketika ditemui mStar online baru-baru ini, Zara mengakui berasa ralat kerana tidak dapat lagi meneruskan perniagaan kedai makan yang diusahakannya itu.
Kredit foto: Carian google
Kredit foto: Carian Google
Bintang tv yang kini aktif mempromosikan telemovie Seadanya Aku yang sedang ditayangkan di TV3 itu menjelaskan penutupan Suka Makan Restaurant itu tiada kena mengena langsung dengan peristiwa hitam antara dia dan Hafreez Adam pada Oktober lalu.
"Kedai dah tutup, saya buka kedai untuk dijaga oleh kakak saya namun timbul pula masalah teknikal. Tiada siapa lagi dapat uruskan kedai tersebut,"
"Memang kecewa, tapi saya taknak teruskan lagi takut mengundang perkara lebih buruk," ujarnya lagi.
Walaupun hanya lima bulan beroperasi, Zara menegaskan penutupan restoran tersebut tiada langsung ada kena mengena dengan bekas tunang, Hafreez Adam.
Kredit foto: Astro Gempak
Ketika diminta untuk memberi komen mengenai bisnes terbaru bekas tunangnya itu, Zara mengatakan bahawa masakan Hafreez memang sedap dan mendoakan bisnes Char Kuey Teow-nya itu berjalan lancar dan berjaya.
Baguslah mendoakan kejayaan walaupun sudah berpatah arang. Gaduh-gaduh pun buat apa kan? - CARI
|