Sebuah restoran Timur Tengah popular di Georgetown, Pulau Pinang diserbu dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) malam semalam kerana menggajikan pekerja warga asing.
Memetik laporan Harian Metro, beberapa pelanggan di situ kelihatan terpinga-pinga ketika serbuan dilakukan pada jam 9 malam itu.
Serbuan dilakukan kerana mendapat maklumat pekerja asing tanpa permit sah bekerja di situ, kata Pengarah JIM Pulau Pinang Muhamad Husni Mahmud.
Kredit foto: Harian Metro
“Restoran itu menggunakan beberapa pekerja terdiri tukang masak asing tanpa mengikut peraturan ditetapkan.
“Seramai 23 pekerja asing ditahan dalam serbuan itu terdiri tiga lelaki warga Syria, Bangladesh (15), Yaman (1) dan Pakistan (1), manakala seorang wanita warga Indonesia,” katanya.
Katanya lagi, kesemua warga asing berusia 20 hingga 45 itu dihantar ke pejabat JIM Pulau Pinang bagi proses dokumentasi sebelum dihantar ke depoh tahanan di Juru. - CARI |