"What can I say they are no such things like SETIA on man. Fitrah lelaki langsung tidak sama dengan wanita.
"Carilah lelaki yang berakhlak dan bertanggungjawab. Keikhlasan adalah fundemental perhubungan. Kalau nak sayang, letak Allah dulu baru dia. Kerana lelaki ciptaan Allah yang sering berubah ubah hatinya," tulis Betty.
Kredit foto: IG
Selain itu, pelakon berbakat besar ini juga berkongsi pendapatnya mengenai teras hubungan yang berpanjangan.
"Teras hubungan yang berpanjangan adalah saling memaafi, memahami pemikiran masing masing, menghormati pandangan dan bertoleransi," tulisnya lagi.
Beberapa komen peminat pada entri tersebut juga nyata bersetuju dengan pendapat yang dilemparkan oleh Betty.
Apa pula pendapat korang? -CARI