"Ni bukan famili Chinese pertama aku dan team bantu. Dah beberapa keluarga Chinese, Indian dan lain-lain kaum kita bantu walaupun parti politik sibuk bertengkar."
Itu yang ditulis oleh Cikgu Fadli Salleh di Facebook. Dia bersama ahli kumpulan NGO, Dana Kita gigih membantu mereka yang tidak berkemampuan tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa.
Yang terbaharu mereka membantu sebuah keluarga Cina yang tinggal di tingkat 11 sebuah flat, si suami tidak boleh bekerja berat kerana mengidap penyakit kronik manakala si isteri sahaja yang bekerja sebagai pencuci di hotel di Ampang.
Fb
Lebih teruk kerana mereka tidak mempunyai bekalan air di rumah kerana sudah dipotong akibat tidak mampu membayar sewa rumah. Malahan notis keluar rumah pun sudah dikeluarkan.
Fb
Namun dengan rasa tanggungjawab tanpa mengira perbezaan agama, Fadli dan ahli kumpulannya membantu mendapatkan bekalan air semula dengan syarat sewa rumah digandakan.
Fb
Kemudian mereka juga turut mengemas rumah seperti tongkang pecah itu dengan membuang sampah sarap yang dikutip oleh si ayah dengan alasan boleh buat duit. Tapi, ianya hanya terbiar begitu bertahun-tahun.
Fb
"Aku terus minta bantuan team Gerilla yang ramai budak-budak boleh disuruh bila-bila masa. 3 lori sampah diperlukan untuk kerja ini."
Fb
Bukan itu sahaja, mereka turut mengubahsuai rumah tersebut dengan memasang langsir baru, mengecat, lantai diletak tikar, bantal dan tilam baru juga diberi.
"Sempena perayaan Tahun Baru kali ini, keluarga mereka dapat menyambutnya dengan kemeriahan yang sangat berbeza. Yang bertahun tidak dikecap dan tiada siapa peduli."
Fb
Menurut Fadli lagi, perbezaan agama dan bangsa tidak menghalang mereka dari menolong sesiapa yang hidup dalam kesempitan.
"Kami mara dan bantu bukan sebab parti politik, warna kulit, bangsa atau agama. We are human and we should have humanity. And we all Malaysian brothers!"
Malahan akhbar berbahasa Cina turut menyiarkan berita sebegini.
Fb
Jadi, terserlah yang bergaduh adalah ahli politik, tetapi kita rakyat biasa takkan nak terpalit sama? Syabas kepada anak muda yang menjayakan misi ini. -CARI |