View: 14716|Reply: 90
|
Cikgu Ku Suraya: Bakal 'Buah Tangan' Terbaru David Teo Terima Kecaman
[Copy link]
|
|
"Cikgu!!!" ; "Apahalnya Amir." ; "Saya nak pinjam pam, tayar pecah" ; "Tunggu sat!!!"
Mungkin ramai yang tak tahu dialog-dialog ni. Tetapi, bagi anda yang lahir pada tahun 90-an, pastinya anda tahu dialog antara seorang murid dengan cikgunya ini. Ya, ini dialog antara Cikgu Suraya dengan anak muridnya, Amir di tengah hujan lebat di hadapan rumah Cikgu Suraya. Apa yang Amir buat di depan rumah cikgunya tu? Yang itu, anda kena kaji sendiri.
Foto; Awani
Baru-baru ini, penerbit filem terkenal Malaysia, David Teo telah bikin heboh di post Instagram miliknya. Beliau mengumumkan yang Metrowealth akan mengeluarkan buah tangan mereka yang terbaru, iaitu Cikgu Ku Suraya. Sama ada ia akan menjadi filem ataupun drama bersiri, masih kekal misteri.
Anda boleh melihat post Instagram nya di bawah:
Selain itu, aktres berbakat dari Sabah yang juga merupakan Miss Malaysia Model 2013, iaitu Chumiee Omey akan memegang watak Cikgu Suraya. Gadis berdarah Indian-Kadazan turut berkongsi dalam akaun IG nya @chumieeomey, di mana beliau memakai baju kebaya dengan tag nama SURAYA. Dah excited ke kawan-kawan?
Beliau juga turut repost post IG milik David Teo tersebut.
Rata-rata netizen dilihat mengecam pembikinan cerita ini. Antara komen yang diberi:
"atut cerita2 mcm nie. Perlu dihadkan didlm industri lakonan nie... merosakkan pemikiran remaja, imej cikgu, imej pelajar.. cuba la buat cerita2 berkenaan yg mengangkat kita.. bkn merendah2kn kita balik.."
"Jgn burukkan imej cikgu pliss...kita ada garispanduan dlm pemakaian baju...kal mcmni lagi benci masyarakat trhadap ckgu nnt"
"Macam bangga pulak nak buat cerita2 mcm ni. Pastu publickan."
Ramai yang tidak bersetuju dengan pembikinan Cikgu Ku Suraya, lebih-lebih lagi pemakaian Chumiee Omey yang langsung tidak menggambarkan pemakaian yang betul bagi seorang guru. Tidak kurang juga ramai yang anggap cerita ini akan merosakkan budak-budak sekolah.
Cerpen Cikgu Suraya yang menjadi lagenda pada tahun 90-an memang sebuah cerpen yang sangat kontroversi. Adakah cerita Cikgu Ku Suraya diinspirasikan daripada cerpen itu? Nak tak nak, kena tanya tuan badan sendiri la jawabnya.
Cerita Cikgu Ku Suraya akan diarahkan oleh Ejump Mohd, yang pernah juga mengarah drama bersiri sebanyak 20 episod, Bukan Cinta Aku lakonan Syafiq Kyle, Janna Nick dan Baim Wong.- CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
takotnya chegu suraya macam sajat |
|
|
|
|
|
|
|
lawo plak cekgu suraya versi davidteo nehh.. |
|
|
|
|
|
|
|
sampah.. elok melingkup jah mig nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kecam2 ni dah kenapa?
Nampak sgt yg korang tu pembaca bahan2 yg tak bermoral
|
|
|
|
|
|
|
|
Kecam bukan sebab baca bahan tak bermoral. Tapi etika keguruan tidak dipatuhi. Guru pakai baju transparent ngan rambut perang. Tak de dalam etika pemakaian guru. |
|
|
|
|
|
|
|
Seksinya cikgu....nampk abes yg dlm2... |
|
|
|
|
|
|
|
Sape jadi Amir? Untunglah |
|
|
|
|
|
|
|
terdesaknya apek teo ni..tak habis2 membodohkan penonton melayu..elok la pun melayu yg bodo pi support filem/drama dia..retis2 berlakon dlm drama dia pun stok retis pprt setaraf fara mendoza je |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak macam ezlynn. Cerpen suraya ni kisah apa sebenarnya, beria david teo buat cari kontroversi nak carik makan |
|
|
|
|
|
|
|
Haah, baju hijau tu macam Ezlynn. Iols ingatkan sheols tadi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rambut tu kot ye pon kaler laa dlu warna hitam adoi |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu memang ada etika pemakaian, dan berkasut. Sukahati la kan nak buat kisah apa tapi at least buat la research, jangan tunjuk bodoh pemalas sangat. Nak seksi bukan setakat kena pakai see through saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah yang pakai baju hijau tu pon |
|
|
|
|
|
|
|
dgn cerita ni.. cikgu akan jd object seks |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja lembaga penapisan utk meluluskan ke tidak. Sbb mmg guru tidak boleh berimej macam ni di sekolah. Penggiat2 seni kalau nak berkarya tolong fikirkan kesan kepada penonton. Bukam fikir poket nak kaya jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa dh lama MIG xbuat filim kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni memang kurang ajar Dato’ Seri.... |
|
|
|
|
|
|
|
IRL, takda cikgu pompuan Melayu Islam berani pakai camtu kat sekolah. Dengan mekap tebal free hair, rambut separa blondie, kebaya ketat jarang. Kau ingat ini zaman 60-80an where it was okeh for cikgu pompuan Melayu huntok tak bertudung dan pakai skirt pendek atas lutot? |
|
|
|
|
|
|
|
MIG ni mmg byk cerita mcm ni jelah tkpun mcm rempit tu. Dah la rambut cikgu berwarna siap kebaya ketat, mmg nak malukan warga cikgu ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|