Kredit foto: Instagram Tunku Hanis
Bagi anda yang pernah menonton drama bersiri Leftenan Zana, sudah pasti mengenali aktres Tunku Hanis yang memegang watak Raz dalam drama berkenaan.
Kini, pelakon tinggi lampai ini sudah tampil berhijab.
"Ya, saya memang dah berhijab dan hampir setahun saya memakai hijab selepas tamatnya drama bersiri Leftenan Zana ditayang di TV3 tahun lalu.
"Entahlah rasa dunia ni dah di penghujung, pusing kiri pusing kanan banyak benda jadi iktibar buat saya. Yang ternyata penghujungnya, reda Allah yang kita semua perlu cari," ujar Tunku Hanis yang dipetik dari Media Hiburan.
Hanis atau nama penuhnya Tunku Norhanis Tungku Salman memaklumkan dirinya sudah berhijab sepenuhnya bermula 2019 lalu, sekali gus menjawab persoalan netizen yang menyangka Hanis bertudung sementara sahaja bagi menjayakan drama lakonannya.
Dalam pada itu, Hanis mengakui dirinya terpaksa menolak tawaran lakonan selepas berhijab kerana tuntutan watak yang memerlukan beliau membuka tudung.
"Ada terima banyak tawaran lakonan terutama sekali watak antagonis tapi saya terpaksa tolak sebab semua kena "free hair", watak lain ada terima tapi saya tolak juga kerana masa tidak mengizinkan sebab sekarang saya dah fokus dengan perniagaan saya," tambahnya.
Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah berhijab ya! - CARI
|