Jangan Letak Kereta Bersebelahan Pili Bomba!
Pasukan Bomba yang bertindak balas terhadap kebakaran rumah berkongsi sebuah video, di mana hos air mereka terpaksa ditarik melalui tingkap kereta yang terpaksa dipecahkan kerana diparkir bersebelahan pili bomba.
Kredit foto: diambil daripada video
Menurut Dailystar, dalam klip kejadian yang berlaku di New Jersey itu, tingkap di bahagian pemandu dan sebelah penumpang hadapan telah dipecahkan bagi memudahkan aliran air.
Jurucakap Bomba Camden berkata, kebakaran di blok 400 Chambers St boleh merebak lebih luas jika mereka tidak mengatasi kesukaran tersebut.
Bukan sekali diingatkan, malah sudah berkali-kali diberi peringatan agar tidak meletak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya. - CARI
|