Transmisi Perbualan Akhir Juruterbang Helikopter Kobe Bryant
Helikopter mewah Sikorsky S-76 yang membawa Kobe Bryant bersama anaknya Gianna dan 7 lagi orang dilaporkan terhempas kira-kira 30 km barat laut dari pusat bandar Los Angeles.
Difahamkan, apabila helikopter terhempas ke tanah, ia terbang kira-kira 184 mph dan turun pada kadar lebih daripada 4,000 kaki seminit, menurut data dari Flightradar24.
Mereka juga mendedahkan tidak ada kotak hitam di atas helikopter tetapi sebaliknya iPad yang digunakan untuk perjalanan penerbangan.
Juruterbang helikopter tersebut, Ara Zobayan telah meminta dan menerima pelepasan khas untuk terbang di kabus tebal beberapa minit sebelum kemalangan itu. Ia terbang pada 1,400 kaki tinggi menuju ke selatan dan kemudian ke barat.
Pada awalnya, juruterbang Zobayan meminta pengawal trafik udara memberikan bantuan radar selepas penerbangan tetapi diberitahu helikopter tersebut itu terlalu rendah untuk bantuan itu, kata Jennifer Homendy dari National Safety Transportation Board.
Sekitar empat minit kemudian, mereka diminta terbang lebih tinggi bagi mengelakkan lapisan awan. 'Apabila Kawalan Trafik Udara bertanya lanjut tentang apa yang dirancangkan juruterbang, tidak ada jawapan. Data radar menunjukkan helikopter naik ke 2,300 kaki tinggi dan kemudian mula menjunam ke kiri.'
Homendy berkata, hubungan radar terakhir adalah kira-kira pukul 9.45 pagi (US Time). Dua minit kemudian, seseorang di darat telah menelefon 911 untuk melaporkan kemalangan itu. Kesemua sembilan orang dalam helikopter itu, termasuk bekas bintang NBA dan anak perempuannya yang berusia 13 tahun, Gianna meninggal dunia.
Saat kemalangan udara pada minit ke 3,
Youtube : R.C. Furlow Global
SENARAI MANGSA : Kobe Bryant, Gianna (anak kepada Kobe Bryant), jurulatih baseball kolej John Altobelli, isterinya Keri dan anak perempuan Alyssa, pelatih bola keranjang sekolah rendah Christina Mauser, penumpang Sarah Chester dan anak perempuannya Payton, dan juruterbang Ara Zobayan.- CARI
Kalau tengok video tribute 24 seconds dan 8 seconds violations rule di NBA untuk Kobe Bryant, tiada seorang pun yang memandang rendah dengan kehebatannya di atas gelanggang. Terima kasih sebab sudi baca.
Post time 31-1-2020 03:59 PMFrom the mobile phone|Show all posts
saat2 akhir tu camna la msing2. i yg gyat nervous tiap kli naik flight pun mcm2 surah bca lg2 klau time turbulence trus brair mata nk nangis punya la takut.
Rip utk smua mngsa