"Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pengikut tersayang,"
Tulis penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi video satu minit di laman instagramnya. Dengan beberapa momen menarik di Gold Coast Australia, Siti sekeluarga yang sedang bercuti di bumi kanggaru berkongsi rasa terharunya apabila jumlah pengikut di medsos tersebut telah meraih 7 juta pengikut.
Menakjubkan kerana Siti Nurhaliza terus unggul mendahului artis lain dalam jumlah pengikut paling banyak di Malaysia.
Mengakhiri video tersebut dengan ayat "Thank you my 7M followers, Alhamdulillah", Siti tampil memuat naik video tersebut sebagai tanda penghargaan kepada semua peminatnya.
IG
Seperti biasa, peminat-peminatnya turut memuji kerendahan hati yang dimiliki oleh ibu Aafiyah ini. Jadi, tidak hairanlah Siti masih menjadi buah hati kesayangan majoriti rakyat Malaysia. Malahan faktor popularitinya yang merentas Asean antara yang memacu peningkatan jumlah pengikutnya.
"Tahniah Mak Iti. Moga terus kekalkan personalitimu."
Nampaknya, Siti Nurhaliza terus menungguli carta dengan jumlah pengikut terbanyak, diikuti rapat Neelofa dan Zizan Razak (masing-masing 6.8 juta), seterusnya aktres Nora Danish (6.5 juta), Mira Filzah (5.8 juta) dan Janna Nick (5.4 juta).
IG
Jika ada yang bertanya apa gunanya jumlah pengikut yang ramai, ianya sebenar memberi petanda bahawa Siti Nurhaliza adalah artis yang seiring antara bakat dan populariti. Jadi, setiap artis lain perlu lah bersedia menimba pengalaman dan mengambil tip dari penyanyi bersuara emas ini. - CARI
|