View: 2461|Reply: 16
|
Tukang Sapu Serombong, Antara Kerja Paling Bahaya Yang Pernah Bunuh Budak!
[Copy link]
|
|
Sumber foto: Castle Chimney Sweeps
Kerjaya tukang sapu nampak mudah dilakukan. Apa yang susahnya? Setakat menyapu membersihkan kotoran. Pejam mata pun boleh buat!
Tetapi, ia berbeza dengan tukang sapu serombong. Bukan saja lokasi, malah risiko yang lebih besar perlu dihadapi pekerja. Difahamkan, sejarah tentang kerjaya tukang sapu telah diceritakan di dalam blog ctsweep.com.
Sebelum itu, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan serombong?
Binaan khas yang juga dikenali sebagai corong ini sebenarnya direka pada setiap rumah dan bangunan di luar negara. Biasanya, di negara yang memiliki empat musim. Tujuannya adalah untuk menyalurkan kepulan asap apabila api dinyalakan.
Untuk pengetahuan anda, apabila tiba musim sejuk penduduk di negara yang terlibat dengan cuaca empat musim akan menyalakan api di dalam rumah. Kesejukan melampau menyebabkan mereka memerlukan haba untuk memanaskan badan dan ruang sekeliling.
Jadi, kayu dan arang batu menjadi bahan utama yang digunakan. Setiap kali pembakaran dilakukan, bahagian dalam corong akan diselaputi dengan jelaga. Jika tidak dibersihkan, lama-kelamaan kotoran yang ditinggalkan mula mengeras dan menutupi ruang dalam serombong.
Oleh itu, tukang sapu serombong amat diperlukan bagi melakukan aktiviti pembersihan. Bayangkan, bagaimana untuk membersihkan ruang dalam serombong kerana ia sering dibina dalam saiz yang kecil. Untuk masuk saja sudah sukar, apatah lagi untuk melakukan kerja-kerja membuang jelaga.
Sumber foto: Cyprus Chimney Sweeps
Di England, pada awal abad ke-17, golongan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dikerah untuk melakukan tugasan ini atas alasan hanya tubuh kecil sahaja boleh masuk ke dalam corong. Lebih mengejutkan, kanak-kanak perempuan juga menggalas tanggungjawab untuk terlibat dalam kerja serombong.
Namun, tidak semua budak diambil bekerja dalam bidang ini. Kebanyakannya, anak yatim piatu atau yang dijual ibu bapa masing-masing atas faktor kemiskinan hidup.
Mereka ini kemudiannya akan diambil oleh mereka yang terlibat dalam aktiviti perkhidmatan serombong untuk memulakan tugasan. Disebabkan ruang yang sempit, hanya seorang individu boleh masuk ke dalam corong dalam satu masa. Persoalannya, bagaimana cara mereka membersihkan ruang tersebut?
Untuk sampai ke bahagian atas corong, si kecil perlu memanjat dinding tanpa sebarang peralatan keselamatan. Ruang yang kecil membolehkan badan berada dalam keadaan rapat dengan dinding. Hanya tangan dan kaki yang bergerak untuk menghalang daripada jatuh ke bawah.
Tidak dinafikan, pekerjaan ini membahayakan diri. Lebih-lebih lagi, ia melibatkan kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa. Ramai anak-anak kecil yang mati ketika melakukan tugasan ini.
Sumber foto: Cyprus Chimney Sweeps/ForoCoches
Antara punca kematian adalah seperti kekurangan oksigen selain menghirup udara yang tidak sihat. Lebih kejam, ada di antara mereka yang tidak berjaya keluar kerana tersekat dalam serombong. Akhirnya, ditingggalkan sendirian sehingga mati.
Sementara itu, bagi mereka yang masih hidup pula, siku, lutut, tapak tangan dan kaki antara bahagian utama yang akan mengalami kecederaan. Mana tidaknya, untuk bergerak di dalam ruang sempit pasti akan ada kult yang bergeser dengan dinding. Sudahlah tenaga dikerah pada awal usia, ditambah pula dengan kecederaan yang pasti membuat mereka mengerang kesakitan setiap kali terluka.
Situasi ini berterusan sehinggalah pada tahun 1864, tertubuhnya akta yang melarang penggunaan khidmat kanak-kanak sebagai tenaga kerja tukang sapu serombong. Peraturan ini wujud untuk melindungi si kecil daripada menjadi mangsa penindasan. Selain itu, peningkatan pesakit yang menghidap kanser akibat daripada pekerjaan ini mengukuhkan lagi punca pengharamannya.
Selepas larangan tersebut dikuatkuasakan, perkhidmatan tukang sapu serombong mengalami pembaharuan. Merujuk sejarah di Cyprus Chimney Sweeps, Joseph Glass menjadi individu awal yang mereka cipta berus dan batang khas untuk memudahkan cara pembersihan. Idea yang tercetus daripada jurutera Briston, England ini digunapakai sehingga ke masa kini.
Sumber foto: Wikiwand
Tambahan lagi, penggunaan mesin penyedut juga sangat membantu mempercepatkan proses pembersihan. Jadi, pekerja tidak lagi perlu menyeksa diri dengan cara memanjat ke dalam serombong rumah atau bangunan.
Sungguhpun ia bukan satu pekerjaan yang dipandang hebat, ramai individu percaya kewujudan kerjaya ini memiliki keistimewaan tersendiri. Di sebalik wajah yang diselaputi debu hitam, masih ada keistimewaan yang wujud dalam kerjaya tukang sapu serombong sehinggakan memberi inspirasi kepada William Blake untuk menghasilkan sebuah sajak yang bertajuk 'The Chimney Sweeper'. Sajak ini boleh dibaca di laman rasmi Poetry Foundation.
Selain itu, menurut kalangan masyarakat dahulu, kedatangan tukang sapu corong ke majlis perkahwinan dikatakan membawa rezeki kepada pengantin. Tidak kiralah sama ada kekayaan, kebahagiaan atau kesihatan. Pokoknya, segala yang baik-baik bakal diperoleh apabila dapat bersalam dengan jemputan khas ini. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada watak ni dalam movie A Little Princess |
|
|
|
|
|
|
|
skali baca 'tukang sapu sombong'.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya aku baca.. Mujur skrg dah tak wujud lagi pekerjaan ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya budak kecik kerja mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya tgk gmbar bdk kt chimney tu |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya dekat budak- budak tu..macam teraniaya sangat zaman tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya siap kena pulas telinga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapat bayangkan kesukaran budak2 yang membersihkan serombong tu. Soal keselamatan pun tak diambil berat. |
|
|
|
|
|
|
|
Chimney sweepers..kalau baca sejarah omputeh zmn dulu2,mmg kesian kt budak2..perempuan2..mmg dorg xde lgsg nilai dan harga diri..semua hak dinafikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau mcmni rupanya serombong dibersihkan zaman dulu dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
masa kecik2 dulu, kalau tengok movie2 omputih lama, memang ada watak kanak2 tukang sapu serombong ni
seingat aku, memang semuanya yatim piatu, gelandangan
buat kerja ni demi sesuap nasi. dapat berapa sen je
tapi tu la, ramai kena tipu tuan rumah
dah siap bersih, kena halau. duit tak bayar
kesian budak2 tu weyy
drama betul |
|
|
|
|
|
|
|
Yg stuck dan ditinggalkan tu
Really?
|
|
|
|
|
|
|
|
Syukur sekarang dah ada kemudahan heater jadi maintenance lebih mudah dan kepanasan lebih menyeluruh dari guna tempat pendiang macam tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|