Kredit foto: Facebook
Setelah lebih seminggu koronavirus dikesan di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai satu kecemasan antarabangsa.
Suara Merdeka yang memetik Straits Times Singapura melaporkan, pengisytiharan itu diumumkan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang media di Geneva, Switzerland pada 31 Januari.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan WHO yang disertai pakar-pakar bebas diadakan ekoran banyak bukti menunjukkan virus berkenaan telah menular ke 18 negara.
Ghebreyesus menjelaskan, wabak koronavirusmerupakan satu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini.
"Kebimbangan utama kami adalah potensi virus ini merebak ke negara lain dan melemahkan sistem kesihatan.
"Biar saya jelaskan pengisytiharan ini bukanlah satu undi tidak percaya kepada China," katanya.
Jawatankuasa Kecemasan WHO yang dipengerusikan Didier Houssin dari Perancis itu turut dianggotai 16 pakar bebas.
Sebelum ini, pakar-pakar berkenaan agak keberatan untuk membuat pengisytiharan kecemasan antarabangsa berikutan penularan wabak koronavirus.
Mereka mahu mendapatkan sebanyak mungkin maklumatdari China dan negara-negara lain yang terjejas terlebih dahulu.
Saringan yang dijalankan di China (gambar hiasan). Kredit foto: UP News Info
Pengisytiharan itu akan mencetuskan cadangan kepada semua negara untuk mencegah dan mengurangkan penularan wabak merentasi sempadan.
Setakat ini, Malaysia telah menyekat kemasukan pelancong warga China yang berasal dari Wuhan dan Hubei. - CARI |