Kredit foto: Harian Metro
Suspek utama dalam video viral yang didakwa cemburu sehingga sanggup memukul seorang doktor di hospital Sungai Petani tampil menafikan dakwaan gila talak dan menegaskan wanita itu masih merupakan isterinya yang sah.
Kredit foto: Harian Metro
Amir Fakhrurrazi menerusi hantaran di F@cebook berkata dia bertindak memukul doktor berkenaan kerana menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya serta beliau menolak dakwaan tuntutan fasakh oleh isterinya atas sebab penderaan serta penganiayaan lain adalah tidak benar.
Kredit foto: Facebook Amir Fakhrurrazi
Malah beliau menyatakan beliau telahpun memenangi kes fasakh itu termasuk hak penjagaan anak.
Amir juga akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengesyaki isterinya memalsukan laporan perubatan.
Selain itu, beliau menafikan laporan media yang menyatakan doktor berkenaan dipukul hingga tidak sedarkan diri sebaliknya doktor tersebut hanya mengalami luka ringan dan bukti berkaitan telah diperolehi.
Bila dah viral macam ni boleh menyebabkan salah faham dan fitnah serta mengeruhkan lagi keadaan. Malah ia akan menyebabkan ramai yang menghukum tanpa mengetahui hal sebenar.
Semoga segala permasalahan ini dapat diselesaikan secara baik antara dua pihak. - CARI |