Ketika para saintis di seluruh dunia sedang berhempas-pulas mencari vaksin dan penawar koronavirus, seorang lelaki di India mendakwa wabak yang membawa maut itu boleh diubati dengan najis dan air kencing lembu.
Menurut Suara Merdeka yang memetik laporan India TV, cadangan itu diutarakan Presiden Hindu Mahasabha, Swami Chakrapani Maharaj.
Dia memberitahu, rawatan menggunakan najis dan air kencing lembu perlu dilakukan bersama upacara keagamaan yang dinamakan yagna.
Chakrapani Maharaj.
Kredit foto: India TV
Chakrapani yakin upacara yagna mampu 'membunuh' koronavirus yang sedang menular di China dan beberapa negara lain ketika ini.
"Minum air kencing lembu dan najisnya pula dilumur. Ia boleh menghentikan kesan jangkitan koronavirus.
"esakit juga perlu melalui upacara Om Namah Shivay ketika melumur najis lembu ke tubuh," jelasnya.
Gambar hiasan
Kredit foto: NDTV
Tidak dapat dipastikan sama ada kaedah yagna dibuktikan berkesan untuk merawat koronavirus seperti yang didakwa oleh Chakrapani. - CARI |