Gambar hiasan. Kredit foto: Pexels
Seorang pensyarah wanita di India dibakar selepas disimbah dengan minyak semata-mata kerana dia menolak cinta seorang pelajar lelaki terhadapnya.
Memetik laporan Pune Mirror, kejadian berlaku di Hinganghat, Wardha di Maharashtra pada 3 Februari lalu.
Mangsa yang berusia 24 tahun masih bujang dan dirawat di sebuah hospital di Nagpur setelah 40 peratus badannya melecur.
Jurucakap polis, Inspektor Satyaveer Bandhivar berkata, kejadian berlaku pada pukul 7 pagi ketika mangsa sedang berjalan ke kolej di mana dia bekerja.
"Lelaki itu menyimbah minyak tanah pada mangsa dan membakarnya. Mangsa dibawa ke hospital oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian.
"Dia dibawa ke Nagpur untuk rawatan lanjut. Suspek telah melarikan diri dan kami sedang memburunya," katanya.
Mangsa disimbah dengan minyak tanah sebelum dibakar (gambar hiasan). Kredit foto: Financial Express
Suspek yang tidak diketahui umurnya itu sudah berkahwin dan polis sedang mengenal pasti motif dia melakukan jenayah tersebut.
Sementara itu, jurucakap hospital yang merawat mangsa memberitahu, mangsa mengalami kecederaan pada kulit kepala, muka, bahagian atas tubuh di sebelah kanan, tangan kiri, belakang tubuh dan leher.
"Dia juga sukar bernafas akibat kecederaan pada sistem respiratori. Mangsa menerima rawatan di Unit Jagaan Koronari (CCU)," jelasnya.
Memang patutlah cinta lelaki itu ditolak sebab dia sudah pun beristeri. - CARI |