Seorang lelaki di Berlin menarik kereta sorong yang berisi 99 buah telefon pintar untuk mencipta kesesakan lalu lintas palsu di ibu negara Jerman itu.
Simon Weckert, seorang artis berpusat di Berlin turut memuat naik video tentang bagaimana dia melakukannya ke saluran Youtube dan Blog miliknya. Dia juga dengan berani melakukannya di hadapan pejabat Google di situ. Apa yang dilakukannya adalah menghidupkan kesemua aplikasi lokasi telefon pintar tersebut dan menariknya dengan perlahan menggunakan kereta sorong mensimulasikan aliran trafik yang sibuk.
Google menggunakan kaedah ini untuk mengumpulkan data trafik di seluruh dunia; telefon pintar di dalam kereta memberikan maklumat kepada Google, termasuk kelajuan di mana mereka bergerak, dan berapa banyak telefon pintar berada di jalan tersebut.
Sekiranya berlaku kelambatan dalam pergerakan dan jumlahnya pengguna telefon pintar yang banyak, Google akan menunjukkan garisan merah, yang menunjukkan bahawa ada kesesakan lalu lintas. Video Youtube yang dimuatnaik Simon Wekert menunjukkan jalan-jalan di Google Maps secara beransur-ansur dari hijau ke merah, menunjukkan bahawa terdapat kesesakan lalu lintas. Google kemudian mengesyorkan agar pengguna mengelakkan jalan-jalan tersebut.
Weckert tidak berkongsi butiran lanjut, jadi mungkin berita ini boleh dipalsukan sepenuhnya. Sekiranya betul, Google sepatutnya melihat cara-cara untuk mencegah eksploitasi seperti itu digunakan, kerana ini mungkin mempunyai implikasi yang sangat nyata dan fizikal terhadap pergerakan lalu lintas.
Post time 7-2-2020 11:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
nikaido replied at 7-2-2020 11:18 AM
Apa motif buat benda ni?
Mungkin nk tunjuk data xtepat.contohnye kalau tmpat tu byk bas akan tunjuk situ sesak.sbb lebih ramai org dlm bas yg guna phone brbanding org dlm kete.dlm kete mungkin 1 kereta 1 fon.10 kete bru 10 fon.tp kalau bas dlm tu maybe 30 org,kalau 3 bas? Tetiba tunjuk jln situ jammed pulak.pdhal xde pape pon.tah2 bas plncong 3-4 buah jer.
Or dlm kete xguna smart fon atau xon location.pdhal tmpat tu jammed tp google maps xdetect situ jammed
so data yg google provide xberapa accurate.Hah gitu la kesimpulan ai.