Cubaan membawa masuk daging tikus kering gagal selepas lelaki warga Myanmar ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Astro AWANI melaporkan, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang dengan bantuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan lelaki berusia 30-an itu di laluan ketibaan antarabangsa jam 8 malam tadi.
Kredit foto: Astro AWANI/Sinar Harian
Daging tikus kering seberat 780 gram itu ditemui ketika bagasi lelaki terbabit diperiksa.
"Tujuan sijil kesihatan veterinar ini adalah untuk memastikan barangan daging tersebut bebas penyakit dan virus," kata Pengarah Maqis Pulau Pinang, Zarina Ramli. - CARI |