Jumlah yang meninggal disebabkan novel koronavirus meningkat kepada 910 dan jumlah yang disahkan dijangkiti mencecah 40,554 di seluruh dunia, lapor Daily Star.
Sememangnya banyak pihak melakukan kesilapan pada awalnya. Tidak kiralah Kerajaan China, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mahupun kerajaan Malaysia sama ada mahu mengakui kesilapan sendiri ataupun cuma mengikut keperluan semasa. Sependapat dengan akhbar dari seluruh dunia bahawa virus itu berasal dari China, namun ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita menjadi rasis.
Sesuatu yang membimbangkan apabila unsur rasisme dalam kalangan masyarakat dunia terhadap rakyat China ataupun mereka yang berkulit kuning, bermata sepet dan tidak semestinya berasal dari China. Ya, fizikal orang asia di mata orang yang tidak mahu mengambil tahu adalah semuanya sama; China, Korea, Jepun dan negara-negara asia timur sememangnya sama sahaja di mata mereka.
Walaupun tidak semua orang barat sedemikian, tapi segelintir inilah yang akan menyebarkan kebencian kaum. Malah, mereka menjadikan panik terhadap koronavirus sebagai alasan untuk melakukan keganasan dan menabur benih kebencian.
Pemain bola sepak Tottenham/England, Dele Alli telah memuat naik video dengan teks kapsyen 'Corona whatttttt, please listen with -volume' dengan rakamannya memakai topeng muka memaparkan di sebelah kirinya sekumpulan orang yang disangkanya orang cina kerana bertutur dalam bahasa cina.
Dele kemudian memusingkan kamera ke arah pencuci tangan antiseptik di atas mejanya dan menulis kapsyen 'This virus gunna have to be quicker than that to catch me'.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan video ini kerana Dele tidak sensitif terhadap mereka yang telah meninggal disebabkan wabak itu dan boleh pula berjenaka mengenainya. Dele kemudian meminta maaf dan memadam video tersebut.
Dalam kes lain, tular video di Twitter menunjukkan seorang lelaki berkulit hitam menyerang seorang wanita asia yang memakai topeng muka di stesen kereta api.
Seorang saksi berkata, lelaki tersebut mencemuh dan bertindak ganas terhadap wanita itu terlebih dulu sebelum wanita berkenaan mengejar lelaki terbabit dalam keadaan marah.
Di Malaysia, segelintir rakyat kita sememangnya tidak menyukai sikap pelancong cina terutama ketika rakyat Uyghur ditindas. Ramai bertanggapan ianya balasan daripada Tuhan.
Ada juga berpendapat bahawa ianya senjata yang digunakan kerajaan China untuk "membersihkan" masyarakat Uyghur. Pada ketika ini, sebagai orang islam, beringatlah Allah Maha Mengetahui, kita manusia tidak tahu perkara sebenar. Kematian itu juga benar. Oleh itu, janganlah diburuk-burukkan kematian seseorang dengan perkara yang kita cemuh, tapi tidak ketahui pun.
Post time 11-2-2020 11:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tapi satu dunia tak suka china kan.. even kokesen pun pernah dekat cina malaysia youtube pasal chinese china yg rosakkan barang sejarah. cina malaysia tu kata, sebab tu dia tak suka orang sana. lepas tu kokesen yg helok tu kata "tak kisah la kau dekat negara mana, asalkan kau bangsa cina, tetap sama perangai.."
sekarang aku naik MRT g keje takkan diri atau duduk sebelah cina buat pulak tak pakai face mask. kalau batuk, semua akan pandang tajam terutama bila cina batuk. selayaknyahhhhh
video tu dah lama dalam 2 tahun lepas publish. iols tengok sebab masuk recommed. pasal orang cina musnahkan khazanah alam (bukit yg berwarna warni tu). ramai kokesen marah. sekali ada sorang cina malaysia kata sebab tu dia tak suka cina sana. tu yg kokesen tu maki balik. nanti iols cari balik guna phone. dekat opis tak boleh bukak youtube
ada satu video pasal movie beauty and the beast kena banned. ada cina malaysia kutuk malaysia sebab banned cerita tu. kokesen tu cakap dekat mana2 cina suka mengadu domba
To be honest, aku pun skrg ni dah jadi fobia dengan cina2 yg lalu tepi aku kat mall atau kat MRT atau mana2 sekalipun la.. Even cina malaysia skali pun. scary pulak bila teringat bangsa diorang ni yg banyak kena nCoV ni