CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14783|Reply: 178

[Tempatan] Takyah Berangan Filem Kita Macam Parasite Kalau Cakap 'Babi' Pun Kena Potong!

[Copy link]
Post time 11-2-2020 11:13 AM | Show all posts |Read mode



Kejayaan filem Parasite (karya Korea Selatan) mengalahkan filem Hollywood yang lebih besar sangat membanggakan kita rakyat Asia. Lebih-lebih lagi, ia satu-satunya filem Asia yang berjaya menembusi pasaran global.


Jadi, ramai yang mula berangan serta mengkritik filem tempatan yang masih tidak ke mana-mana walau pelbagai cara dilakukan. Dakwa mereka, filem Malaysia masih di takuk lama dan tiada pembaharuan dilakukan pun.


Dakwaan itu kemudiannya ditepis oleh pemuda ini yang menegaskan usah berangan terlalu jauh dan tidak kesampaian. Ini kerana peraturan di Malaysia yang sebenarnya menyebabkan karya kita tidak boleh pergi jauh.





Kredit foto: Twitter

Foto: Google



Menurut Burhan lagi, mentaliti mereka yang berada di sebalik tabir inilah yang menyekat potensi dan idea pengkarya tempatan yang mahu menghasilkan karya di luar kotak.



Pelbagai peraturan dikenakan seperti tidak boleh berkata kesat, adegan seni dipotong, bajet tiada untuk filem berskala kecil dan sebagainya. Jadi, masih mengharapkan sesuatu yang luar biasa dari filem kita?








Foto: Google



Perkara yang bertentangan inilah menjadikan segelintir warganet berasa pelik dengan sikap pilih kasih Lembaga Penapisan Filem (LPF). Mengapa hanya menyekat filem artistik tetapi, dalam masa sama membiarkan filem rempit menguasai pawagam?



Ada yang menyatakan semuanya terpulang kepada penonton. Selagi mereka yang membeli tiket ini tidak menyumbang terhadap penjualan tiket filem berkualiti, setakat itulah kualiti filem kita. Pengkarya pun malas membuat filem berkualiti kerana nanti akhirnya akan dipotong jua. Jadi, usahlah berangan mahu ke Oscars ya.






Google



Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan filem berkualiti sebenarnya banyak faktor. Jadi, tidak adil menyatakan filem Malaysia tiada kualiti kerana sudah terbukti Filem 'Guang' pernah memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Itu pun masih tidak membanggakan kita lagi?





Foto: Twitter



Perlukah kita mengikut acuan filem 'Parasite' untuk menembusi pasaran yang lebih global? Atau mereka cerita baru yang banyak adegan pasti dipotong oleh LPF? Atau mengikut sahaja audiens yang mahukan filem rempit demi 'box office'. Tepuk dada tanyalah selera. - CARI




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2020 11:32 AM | Show all posts
guang dgn parasite, nak pegi tgk la citer ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 11:39 AM | Show all posts
meow_tompok replied at 11-2-2020 11:32 AM
guang dgn parasite, nak pegi tgk la citer ni

best gila dua-dua ni. Guang tu I rasa macam woah powernya abg dia, sebab director tu buat pasal abang dia, yang autism semua tu tapi
now dah jadi lecturer dah. Parasite ni dah ada balik at tgv sempena oscar tapi limited time.



Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 11:43 AM | Show all posts
da nonton parasite ni sebelum movie ni top lagik

so far ok lar level biasa2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 11:46 AM | Show all posts
setuju sgt2, sekadar dgn mentality dan penghasilan filem2 sampah, jgn berangan di siang hari.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 11:46 AM | Show all posts
makbedah replied at 11-2-2020 11:39 AM
best gila dua-dua ni. Guang tu I rasa macam woah powernya abg dia, sebab director tu buat pasal ab ...

parasite dah ada lubang nak tgk,
tumpang tanya... Guang tu tahu tak nak korek kat mana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2020 11:52 AM | Show all posts
maket malaysia jadikla ..takyah berangan  jauh sgt
our food for our country gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
plot2 movie korea mmg best..hollywood pun takleh lawan..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2020 12:11 PM | Show all posts
giyomi replied at 11-2-2020 11:46 AM
setuju sgt2, sekadar dgn mentality dan penghasilan filem2 sampah, jgn berangan di siang hari.

mat deham kata filem dia layak masuk oscar..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 12:22 PM | Show all posts
meow_tompok replied at 11-2-2020 11:46 AM
parasite dah ada lubang nak tgk,
tumpang tanya... Guang tu tahu tak nak korek kat mana?

hahaha, sorry tak tahu sebab I jarang tengok pirate. hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 12:47 PM | Show all posts
pd iols parasite ni biasa2 jah. iols prefer Bad Genius
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 12:58 PM | Show all posts
Rasanya takde kaitan pun dengan LPF ni. Rakyat sendiri pun tak menyokong buatan Malaysia. Macam mana lah filem Malaysia nak laku dan berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Of cozz.. tp jgn dilupa nk tercalon Oscar kena pandai melodi n keluar $$$$$ tau.. bukan bodoh gitu je terus menang.. tu baru nk tercalon top 5 tau.. belum kira kos nk menang lg..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 03:08 PM | Show all posts
mendonia kau Bong (bukan Bong Zizie tau.. Bong director Parasite)..
ok je movie ni.. satu family kaki penipoo demi sesuap nasi~ kecuali part romen kat sofa iols tutup2 mata gitu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 03:48 PM | Show all posts
MsKoreanfanatic replied at 11-2-2020 03:08 PM
mendonia kau Bong (bukan Bong Zizie tau.. Bong director Parasite)..
ok je movie ni.. satu family ka ...

ooo ingat cerita virus epedemic tadi

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 03:49 PM | Show all posts
Parasite tak le se'wow' mana. Banyak lg citer korea yg wow.

Mungkinkh omputih tk tengok citer korea so bila baru tengok yg ni terus terkesima. hmm ntahlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Xperlu pertikai atau bndingkan filem kita xpergi jauh mcm filem2 Korea atau dr serata Asia....kemenangan filem Parasite tu membuktikan x ad yg mustahil utk brtnding dan menang dkt Oscar....sbb industri hiburan Korea sndiri pun trknal 1 dunia dan dpt sokongan penuh dr kerajaan depa sndiri....tp tnpa internet....depa xla mendunia mcm skg

Mcm mna dgn industri hiburan Malaysia?....sllu ad mslh dr segi bajet....dgn nk berpolitik, tnjuk kuasa....dan smua nak duit ja...mslh mcm ni ad kat mana2 ja tp kt sni...sapa yg brduit dan brkuasa...depa la yg menang...apa bleh buat...tp tgk filem2 Malaysia dah dapat byk kutipan dan dpt sokongan dr rkyt Malaysia....cma byk aspek yg kna tgk utk majukan lg industri hiburan Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 04:23 PM | Show all posts
bollywood & tollywood nya movie lagi gempaq

berbanding korean
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 04:26 PM | Show all posts
teringat cerita yg mira pijah berlakon dgn ungku ismail tu..time firdaus gaduh dgn bapak dia, perkataan 'kurang ajar' pun kena censored
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg i parasite ni unik sbb mcm2 perasaan kita akan rasa bila tgok movie ni. Marah, kesian, semua ada.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051089 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list