Semalam, di laman Instagram penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ataupun lebih mesra disapa sebagai Tokti telah memuat naik sekeping foto yang memaparkan bahagian tangan yang diambil dari katil wad seperti baru sudah menjalani rawatan pembedahan.
Ia menjadi perhatian netizen kerana figura popular tersebut baru sahaja membuat kemunculan khas ni AJL 34 pada hari Ahad yang lalu.
kredit foto : Instagram CTDK
Menurut Tokti, dia baru saja menjalani pembedahan kecil di salah sebuat pusat perubatan.
"Alhamdullilah, semalam selesai persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34, saya terus masuk wad untuk menjalani pembedahan kecil pada pagi tadi. Syukur semuanya berjalan dengan lancar," tulisnya.
Menerusi Berita Harian, Tokti menjalani pembedahan tersebut sebagai persediaan untuk menimang cahaya mata lagi.
Tokti menjelaskan prosedur itu perlu dilakukan kerana dia akan menjalani kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Memetik portal akhbar tersebut, Tokti berharap semua pihak dapat doakan beliau supaya cepat sembuh.
Dalam perkembangan lain, persembahan Datuk Siti pada malam AJL lalu bersama Bob Yusof mendendangkan lagu Anta Permana telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam majlis berprestij itu.
Doakan yang terbaik untuk Tokti, harap Aafiyah dapat adik la nanti! - CARI
|