Kredit Foto - Instagram Ilya dan Facebook MBSA
"ada saya, benda ini takkan berulang lagi dan kalau boleh, saya pun tak mahu ada lagi perkara seperti ini. Mungkin pandangan setiap orang berbeza, tapi saya ambil ini sebagai pengajaran dan tak memandang sebagai benda remeh."
Pelawak Ilya Buang, 53, dan kumpulan Rare tampil membuat permohonan maaf selepas digam menggunakan lawak yang menyindir kerajaan Pakatan Harapan di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019).
Video sidang media tersebut dikongsi semula menerusi laman instagramnya.
Kata kumpulan itu, tindakan mereka juga telah memberi kesan dan impak yang tidak baik kepada diri dan juga MBSA semasa sidang media permohonan maaf yang dirakam hLive!.
Susulan permohonan maaf itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi laman Facebook rasmi mereka mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meluluskan permit hiburan kepada Illya bagi porgram Sepahtu Reunion 2020.
Kredit foto: Facebook MBSA
Syukur, akhirnya Pak Ya dan Kumpulan Rare dah boleh kembali beraksi di MBSA atau kawasan Shah Alam.
Semoga agenda seni tempatan negara bebas dari menyentuh isu sensitif dan terus bermanfaat kepada masyarakat. - CARI
|