Sajat menyatakan kesediannya bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung kontroversi ketika mengerjakan umrah, baru-baru ini.
Kredit foto: IG
Usahawan kosmetik itu berharap diberi panduan yang jelas bagi menyelesaikan isu status identitinya.
Bagaimanapun, apabila mengulas mengenai pertemuan mereka sebelum ini, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman seolah-olah meletakkan kesalahan ke atas JAKIM kerana 'tidak bersungguh' membantu menyelesaikan kemelut status jantinanya.
“Selama ini bukan saya tak mahu buat laporan perubatan seperti yang diminta, tetapi mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan.
“Kalau betul JAKIM nak bantu, mereka sepatutnya mengeluarkan surat rasmi dan memaklumkan dengan siapa perlu saya rujuk.
“Kalau betul nak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan,” katanya kepada Harian Metro.
Malah, katanya pihak berkuasa juga tidak dapat menyelesaikan masalah berhubung identitinya itu.
“Bukan saya tak cari jalan penyelesaian, setiap kali saya bawa isu ini ke pihak bertanggungjawab mereka memberitahu kes saya ini berprofil tinggi.
“Kalau diikutkan, ibu bapa saya sudah memberi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan.
“Namun, sekarang saya yang perlu menanggung semua ini sendirian. Saya juga pernah kena tipu,” katanya.
Kredit foto: IG
Tegasnya, hanya ibu bapanya yang boleh mengesahkan siapa dirinya sebenarnya, sekali gus meminta agar isu jantinanya diselesaikan sementara mereka masih hidup.
Sajat juga mendedahkan bahawa dia menjalankan ibadat umrahnya dengan tenang dan lancar tanpa didatangi pihak berkuasa akibat kontroversi yang tercetus.
“Saya juga berniat untuk menunaikan umrah setiap tahun selain ingin membawa stokis dan kakitangan pada masa depan,” katanya.
Sementara itu, kenyataan Sajat dilihat bercanggah dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang mendakwa Sajat tidak memberi kerjasama kepada JAKIM.
“JAKIM ada menawarkan diri untuk membuat kajian hormon iaitu membantu Sajat sama ada dia lebih cenderung kepada perempuan atau lelaki.
“Dari segi kelahiran yang tidak jelas, JAKIM juga boleh mengesahkan tetapi tidak dapat kerjasama daripada Sajat sendiri,” katanya.
Pusing lagi Sajat selagi boleh! Bukan Malaysia baru kenal Sajat setahun dua, kan? - CARI
Post time 13-2-2020 10:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
kok ye pun khau khunsa perlu kah buat perangai attention seeker tu semua, kejap bertudung kejap macam telanjang,kejap bergelek. ada je khunsa yang lain tapi takde le asek nak post sundal2. kena kecam nangis salahkan orang lain
Post time 13-2-2020 10:37 AMFrom the mobile phone|Show all posts
So g la wat ujian tentukan jantina sebenar ko. Berapa punya lama masa ade tak jugak buat.
Lepas setel semua tu barulaa ko boleh nk g umroh tiap tahun pun.
udah2 la tu pasal mamat ni
haritu pak menteri pun kata x diambil tindakan sbb ini "isu kecil" kan???
1) ambil tindakan kerana mencemar undang2 masa urusan umrah tu. jgn denda duit je, bagi penjara dan sebat skali supaya betul2 serik dan insaf bila dia nak buat benda2 merepek ni lagi
atau
2) boikot dan usah dilayan langsung mamat ni. biar dia dan family hidup dalam fantasi sendiri.
mati kang, dia sendiri gak yg nk menjawab dlm kubur
Post time 13-2-2020 11:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
X nak mengaku salah sikit pn yer.
Semua org salah padahal kau sendiri yg cari pasal.
Nak buktikan kat org kau betul..tup2 org lak kena buat semua untuk kau.
Ni takut barang ke boikot ke apa.