Gambar telur pecah yang dijual di sebuah kedai dengan kapsyen "pertama kali jumpa" di laman media Twitter mengundang pelbagai reaksi warganet.
Mungkin bagi segelintir individu situasi tersebut tidak pernah dilihat sebelum ini, manakala bagi pihak lain pula ianya adalah situasi biasa di mana-mana pasar basah pun.
Bukan sahaja telur pecah, barangan dapur lain seperti ikan yang pecah perut, sayur yang sudah kekuningan layu dan ikan masin yang hampir nak dibuang menjadi pilihan mereka yang tidak mampu.
Bukan soal kebersihan tidak dipentingkan tetapi soal perut yang lapar 'minta diisi' lebih utama.
Kredit foto: Twitter
Situasi ini menjelaskan bahawa tidak semua orang mampu membeli barangan segar kerana kekangan kewangan dan pendapatan rendah.
Begitu juga dengan keadaan telur pecah itu tidak dijual di semua tempat, jadi mungkin ada yang tidak pernah ternampak 'telur pecah' walaupun setiap hari ke pasar.
Yang menjadi masalahnya adalah soal kebersihan kerana tidak semua pengeluar menitikberatkannya. Jadi, ketika memasukkan telur yang pecah ke dalam plastik, mungkin ada bendasing yang turut masuk sama.
google
Selain itu, segelintir warganet juga tidak memahami mengapa ada yang sanggup membeli barangan sebegini jika ianya kemudian akan membuatkan mereka sakit?
Google
Bagaimanapun, ada juga pendapat, telur pecah itu wujud kerana ada permintaan dari industri bakeri yang memerlukannya. Walau apa pun, ia tetap tidak menafikan yang masih ramai orang tidak mampu membeli makanan segar kerana berpendapatan rendah.
Jadi, isu kuman bukanlah keutamaan buat golongan ini.
Yang pastinya, isu sebegini tidak ramai nampak mungkin kerana tidak pernah mengalaminya atau melihat sendiri golongan yang tidak mampu ini.
Namun, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk tidak menghakimi mereka yang membeli barang 'third hand' ini. Mungkin setakat itulah kemampuan mereka.
Jika anda dilahirkan senang, ianya kedengaran tidak logik, namun percayalah telur pecah dan ikan yang terburai perut inilah yang mengisi perut mereka yang tidak mampu. - CARI
|