Malang nasib lelaki yang cedera teruk akibat disambar api selepas menyapu cecair disinfektan pada tubuhnya bagi mencegah daripada dijangkiti Covid-19.
Media tempatan melaporkan seperti dipetik Asia One, dalam kejadian di Hanzhou, China pada 8 Februari lalu, mangsa yang berada berhampiran pemanas elektrik melecur teruk selepas tubuhnya terbakar.
Sebelum kejadian, Zhang, 37, dikatakan cuba menyahjangkit dirinya selepas pulang dari kerja dengan menyapu cecair beralkohol itu.
Kredit foto: Asia One/Weibo
Bagaimanapun, dia terlupa bahawa sifat alkohol yang sangat mudah terbakar dan menyapu cecair berkenaan pada tubuh serta pakaiannya ketika berdiri di sebelah pemanas elektrik.
Dengan serta-merta, api menyambar menyebabkan 15 peratus bahagian tubuhnya mengalami lecur tahap dua dan tiga termasuk tangan, leher, paha dan saluran pernafasan.
Zhang dilaporkan masih dalam keadaan kritikal dan mungkin perlu melakukan pembedahan graf kulit di masa depan dan dia mungkin tidak akan pulih sepenuhnya. - CARI |