Lata selesa berlari tanpa capal.
Kredit: Huffington Post
Wang kemenangan yang diperolehi dibelanjakan untuk keperluan keluarga. Pada tahun lalu, Lata Kare memenangi 5,000 Rupee (RM290) yang dibelanjakan untuk menampung rawatan sakit jantung suami serta yuran mengimbas MRI yang sangat mahal.
Baru-baru ini, beliau juga memenangi hadiah pertama kategori warga emas di Marathon Sharad, di mana wang yang dimenangi akan digunakan untuk membina kediaman yang lebih selesa.
Poster filem biopik Lata Bhagwan Kare - Ek Sangharsh Gatha.
Kredit: Instagram
Kisah hidup Lata Kare sememangnya memberi inspirasi kepada ramai orang, tidak ketinggalan penggiat seni tempatan. Baru-baru ini, kisah hidup beliau telah diangkat ke layar perak dengan tajuk Lata Bhagwan Kare – Ek Sangharsh Gatha yang diarahkan oleh Naveen Deshaboina. Pendukung utama filem ini tidak lain dan tidak bukan adalah Nenek Lata Kare sendiri. Filem biopik ini telah pun ditayangkan di pawagam pada 17 Januari 2020.
Menerusi filem itu, barulah kita akan faham betapa perit kehidupan Lata Kare, seorang yang berusia renta tapi masih gagah mencari rezeki dan kekuatan luar biasa yang mendorong beliau melakukan perkara di luar kotak fikir.
Nenek Lata berlari kerana cinta. Demi cinta hati, apa yang anda sanggup lakukan? -
CARI