Siapa sangka, seorang wanita bakal menemui cincin mendiang suaminya di sebuah hutan di Finland selepas 47 tahun kehilangan aksesori itu.
Daily Star melaporkan, Debra McKenna, 63 menerima cincin itu daripada suaminya Shawn pada tahun 1973.
Dia kemudian tercicir cincin berkenaan di tandas sebuah gedung beli-belah di Portland, Maine di Amerika Syarikat ketika mencuci tangan.
Kredit foto: Bangor Daily news
Pasangan itu pula berkahwin selama 40 tahun sehinggalah suaminya meninggal dunia pada tahun 2017.
Cincin itu pula ditemui oleh seorang lelaki pengesan logam yang tertanam di sebuah taman di Finland.
Terdapat tulisan 'Sekolah Tinggi Morse' pada cincin itu membuatkan lelaki berkenaan menghubungi alumni sekolah berkenaan.
Dia kemudiannya dapat mengenalpasti cincin itu milik bekas pelajar bernama Shawn McKenna.
"Amat terharu, masih ada orang yang berhati mulia tampil dan menunjukkan kesungguhan," kata Debra.
"Ada orang yang baik di dunia ini, dan kita memerlukan lebih ramai seperti mereka," ujarnya lagi. - CARI |