Air terjun merupakan sebuah kejadian alam di mana arus air melalui sebuah formasi batuan dan menghakis secara berterusan lalu jatuh dari ketinggian tertentu. Secara fitrahnya air terjun bergerak hanya satu arah. Namun apa terjadi apabila air terjun boleh mengundur?
Begitulah yang berlaku kepada Air Terjun Kinder di Peak District, England. Fenomena air terjun mengundur sering berlaku di sini apabila berlaku angin maha kuat melanda kawasan tersebut. Air terjun ini merupakan sebahagian dari Sungai Kinder, sebuah sungai kecil berukuran 4.8 km terletak di Barat Laut, Derbyshire, England.
Air terjun dengan ketinggian 29.9 meter ini merupakan air terjun tertinggi di Peak District. Antara sebab utama kawasan ini dilawati adalah kerana fenomena unik ini. Apabila angin kencang melanda kawasan itu, pengunjung akan dapat menyaksikan fenomena pelik air sungai yang sepatutnya terjun ke bawah sebaliknya 'terbang' ditolak ke belakang.
Pernah berlaku saki-baki Ribut Gonzalo yang melanda barat laut England, angin mencapai kelajuan hingga 80.5 km per jam melanda Kinder. Angin yang lebih kuat juga dirasakan di bahagian-bahagian lain di UK, termasuk angin ribut selaju sekitar 112.7 km sejam.
Ribut Ciara yang melanda United Kingdom baru-baru ini turut memberi kesan kepada Air Terjun Kinder. Hasil tolakan angin, semburan air dari Air Terjun Kinder dilaporkan oleh saksi boleh dilihat sampai beberapa km jauhnya.
Pemandangan normal Air Terjun Kinder yang sememangnya sedia mengagumkan. Kredit foto: Getty Image
Selain ciri keunikan ini, air terjun ini mempunyai tarikan lain yang menjadi antara faktor pencinta rekreasi sering mengunjunginya. Biar apapun musim melanda, Kinder akan sentiasa mengagumkan.
Ingatkan betul2 mengalir ke belakang.. rupanya angin yang bertiup..
kadang2 aliasing effect pun boleh mengubah perspektif minda tentang motion ni.. Contohnya, rim kereta atau kipas helikopter. Pada satu frekuensi tertentu (aliasing frequency), pergerakan rotation tu nampak terbalik..
Lagi satu, dengan menggunakan frekuensi bunyi, aliran air boleh dimanipulasikan. Nampak seolah2 statik.. kalau ubah lagi frekuensi, boleh nampak seolah2 backward motion. Lebih syok layan dari strobe light.
Post time 20-2-2020 11:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
cantiknya. segala puji bg Allah. suka tgk pmndangan air terjun tiap kli tgk dlm vid/tv sklipun dah tpesona.
hritu tgk extreme china si Ben Horton dok daki frozen waterfall tinggi yakmat. tp pmndgan masyallah. trus berangan nk jd burung bleh terbang nikmati view cantik gila. bestnya dpt explore keindahan alam.