Restoran makanan segera KFC mengadakan tawaran istimewa sempena tarikh
20-2-2020.
Tawaran kombo RM20 untuk dua pinggan
Snack Plate iaitu dua ketul ayam, roti, kentang putar dan salad
coleslaw itu menarik perhatian ramai terutamanya peminat setia ayam goreng tersebut.
Kredit Foto - KFC
Ramai wargamaya berkongsi momen membeli tawaran kombo tersebut walaupun terpaksa beratur panjang dan menunggu sehingga dua jam lamanya bagi setiap pesanan.
Kredit Foto - Facebook/Nur Arimi Suhada Bakar
Tidak kurang juga ada warga maya yang
troll dan bersikap sinis terhadap orang ramai yang sanggup beratur panjang demi membeli ayam goreng itu.
Membandingkan kesanggupan beratur itu dengan perkara lain seperti pergi ke masjid, waktu menunggu di hospital atau klinik dan sebagainya.
Namun, selebriti media sosi@l Ayahanda Rani Kulop, tampil menempelak sikap sesetengah individu tersebut menerusi laman Tw!tternya.
" Kita gelakkan orang beratur makan KFC. Mungkin kita tak sedar, ada orang yang tak mampu makan sedap-sedap macam kita. Kadang-kadang ada yang sunggup beratur demi anak-anak, isteri yang sarat mengandung. Mungkin dengan KFC tu jugak dapat mengukir secebis senyum pada anak-anak di rumah. Bahagia tu bermacam cara," tulisnya di ruang ciapan.
Rata-rata wargamaya bersetuju dengan ciapan tersebut. Maklumlah, harga KFC agak mahal bagi sesetengah orang yang kurang mampu. Pasti ramai tidak melepaskan peluang apabila ada tawaran harga murah seperti ini.