View: 1851|Reply: 16
|
Rani Kulup Buat Laporan, Berang Pemandu Mabuk Tak Kena Tindakan
[Copy link]
|
|
Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan kekesalannya terhadap pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan terhadap pemandu mabuk.
Berikutan itu, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) berkenaan membuat satu laporan polis mengenai peningkatan insiden kemalangan maut disebabkan pemandu mabuk.
Memetik Malaysia Gazette, Rani kesal kerajaan seolah-olah memandang enteng perkara itu.
Kredit foto: MalaysiaGazette
“Dalam undang-undang tidak ada tindakan, pemandu tu sudahlah mabuk langgar orang sampai mati tidak boleh ambil tindakan. Mengapa?
“Kenapa boleh jadi macam ini. Saya sangat kesal apabila PDRM kata undang-undang berkaitan mabuk ini terlalu ringan dan tidak diambil tindakan. Banyak orang dah mati pada tahun ini.
“Walaupun digesa pelbagai pihak, barulah kerajaan terfikir untuk naikkan hukuman berat kepada pemandu mabuk,” katanya.
Malah, dia menggesa hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah.
“Saya gesa agar tangkap pemandu mabuk ini sebab dia langgar orang awam. Hukuman mandatori 20 tahun penjara, RM200,000 denda dan sebatan 20 kali perlu diperuntukkan kepada pemandu mabuk ini.
“Pemandu mabuk juga ini hendakkan menyara ahli keluarga mangsa seumur hidup biarpun dia sudah masuk penjara. Dia sudah mengakibatkan kematian ini harus digantung sampai mati malah lesen dia ditamatkan.
“Kalau ada kes kematian akibat dilanggar pemandu mabuk, hukuman dia gantung mandatori tidak boleh kompromi,” gesanya.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk serta di bawah pengaruh alkohol.
Katanya, kerajaan akan meminda hukuman lebih berat termasuk menaikkan denda daripada tidak lebih RM20,000 sehingga RM100,000 dan penjara 20 tahun berbanding 10 tahun ketika ini. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pelik, warga saintifik yang kononnya mengamalkan ajaran sains yang benar masih lagi terus menerus menyokong budaya memabukkan diri |
|
|
|
|
|
|
|
mesti @sarah82 suka orang pakai seragam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Fake news laju ja ko tangkap. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 21-2-2020 05:59 PM
mesti @sarah82 suka orang pakai seragam ni
Hahaha.. Takkk....x sukaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Urm..kenapa ye kes org mabuk langgar lari,selalu senyap je..xde perkembangan pun?sbb takut ngn bangsa mabuk tu?chessssssss sgt~ |
|
|
|
|
|
|
|
Setahu akak lah kan, mabuk langgar orang, hukumannya ringan sebab mabuk dikategorikan lupa diri, jadi apa2 yang berlaku disaat pemabuk lupa diri adalah diluar kawalannya. Macam orang gila bunuh oranglah, lepas je. Tapi, pemandu mabuk boleh dikenakan tindakkan kerana drink and drive. Itu salah. Oleh itu, yang perlu dibanteras ialah minuman keras itu.
Kalau akaklah, akak saman kedai minuman yang jual arak pada pemandu mabuk yang langgar orang tu. Kedai tersebut perlu bertanggungjawab atas kesan barangan jualannya. Macam orang jual barangan elektrik yang malfunction, dia perlu bertanggungjawab atas kesan barangan jualannya. Nak jual boleh, tapi pastikan jangan sampai memabukkan. Kalau tidak, sila bertanggungjawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Kipidap don gibab rani kuloppppp!!!{:hooray{:hooray{:hooray{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jgk ada org mcm dia ni.. wlpn di whoayus je LGE {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Zeatyisaac replied at 21-2-2020 09:12 PM
Setahu akak lah kan, mabuk langgar orang, hukumannya ringan sebab mabuk dikategorikan lupa diri, jad ...
Dicadangkan pemabuk disebat oleh org yg mabuk.
Kalau daging punggung hancur sbb tukang sebat mabuk tersilap sebat kuat sangat, harap di maafkan sebab dia berada dalam state kurang waras.
Mohon cadangan diterima. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeatyisaac replied at 21-2-2020 09:12 PM
Setahu akak lah kan, mabuk langgar orang, hukumannya ringan sebab mabuk dikategorikan lupa diri, jad ...
Rasanya betul apa akak cakap a tu.. Kawan saya penah kena langgar dek orang mabuk ni.. Berapa bulan tak keje sebab patah kaki.. Pergi court tapi, lawyer dia kata tak boleh guna alasan dia mabuk tu sebab mabuk=tak sedar diri ke apa gitu ntah.. I was like whaaattt?? Bukan memang terang salah kau ke pasal driving wpon under influence of alcohol?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reman banyak hari dalam lokap
|
|
|
|
|
|
|
|
matryoshka replied at 22-2-2020 09:35 PM
Rasanya betul apa akak cakap a tu.. Kawan saya penah kena langgar dek orang mabuk ni.. Berapa bula ...
Ini pilihan untuk tak waras, minum2 sampai tak boleh kawal diri sendiri, onggile lain la bukan pilihan dia nak jadi gila |
|
|
|
|
|
|
|
patut pesalah kena tanggung atau bayar pampasan kat mangsa atau keluarga mangsa. kalau takat denda dan penjara itu tak cukup. |
|
|
|
|
|
|
|
mabuk satu hal.
yg jual arak pada yg bawah umur pun takde tindakan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|