Tak sangka ramai betul yang berebut nak naik pelamin pada tanggal 20.2.2020 baru-baru ini! Meskipun cuba dirahsiakan daripada orang ramai, tetapi semua dapat hidu yang Emma Maembong dan pilihan hatinya serta pasangan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson akan membina masjid pada tarikh tersebut.
Kedua-dua majlis perkahwinan berjalan dengan meriah dan gah sekali. Tapi, ramai yang lebih tak sabar nak tahu siapakah gerangan lelaki yang berjaya mencuri hati Emma.
Seperti yang anda tahu, pelakon wanita itu sering dikaitkan dengan ramai lelaki sebelum ini. Mengejutkan apabila suaminya dikhabarkan merupakan seorang juruterbang dan mereka baru bercinta selama dua bulan sebelum disatukan.
Kredit foto: IG
Boleh tahan kacak dan tampan juga suami Emma ini! Muhammad Shazli Azhar mula tertarik dengan wanita itu apabila mereka mula berkenalan semasa majlis sambutan hari jadi Uqasha Senrose.
Meskipun pasangan merpati dua sejoli ini mendapat perhatian ramai ketika majlis, tetapi netizen lebih tertarik dengan gambar perkahwinan mereka.
Kredit foto: Twitter
Terutama sekali apabila adik Emma iaitu Chacha Maembong kelihatan begitu intim dan mesra dengan abang iparnya. Tanpa segan, Chacha duduk di antara pengantin tersebut sambil Emma dan Shazli mencium pipinya.
Gambar mesra itu membuatkan netizen keliru siapakah pengantin perempuan sebenarnya, tambahan pula Chacha cantik berpakaian serba putih. Ramai juga menyelar perlakuan itu tidak elok dilakukan di antara ipar duai. Tak manis!
Macam-macam betul! Tunggu sajalah respons daripada pihak mereka. - CARI |