View: 3236|Reply: 27
|
Budak 5 Tahun Didera Ibu Sampai Patah Tulang Pipi
[Copy link]
|
|
Wanita direman selepas dipercayai mendera anak kandung hingga patah tulang pipi.
Berita Harian melaporkan, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terbabit turut mengalami lebam di muka dan beberapa bahagian badan.
Difahamkan, kejadian terbongkar selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima panggilan daripada seorang ahli keluarga suspek menerusi Aduan Talian Kasih kira-kira jam 10 pagi, pada Khamis lalu.
Gambar hiasan
Menurut sumber, kakitangan JKM bergegas ke sebuah Tadika di Kuala Terengganu selepas dimaklumkan wanita terbabit bahawa mangsa dihantar suspek ke tadika berkenaan.
“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk lebam di pipi kiri dan di belakang telinganya sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan patah pada tulang pipi, lebam di muka dan luka lama di lutut, selain lebam di belakang telinga dan kelopak matanya disyaki didera,” katanya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos yang mengesahkan laporan itu memaklumkan pihaknya menahan ibu tunggal berusia 29 tahun terbabit di hadapan pondok polis HSNZ, kira-kira 7 malam pada hari sama laporan diterima.
Susulan itu, suspek direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
x kesian ke kat anak sendiri?
i is kenot dgn mak2 mcm ni. kat luar tu ramai lg yg teringin nk beranak. |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh lah mak dia ni.. ko tumbuk muka anak ko ke apa setan? selamat cikgu tadika ambil tindakan call jkm.. kalau tak mampus budak tu agaknya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kuam hajo btl laaa...setan |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni mrah sgt kat anak pun xde la gamak sgat nak tumbuk muka budak.. |
|
|
|
|
|
|
|
mzzenma: bodoh lah mak dia ni.. ko tumbuk muka anak ko ke apa setan? selamat cikgu tadika ambil tindakan call jkm.. kalau tak mampus budak tu agaknya.
Bukan cikgu tadika yang buat laporan tu. Keluarga mangsa tu yg buat laporan.
|
|
|
|
|
|
|
|
meroyan ke depress sampai dera anak mcm tu, adoi budak kecik kot..kesiannyala |
|
|
|
|
|
|
|
Waaaa... sakitnya hati aku baca. Aku ni 4tahun kahwin baru dapat anak. And ditakdirkan itu la satu2 anak aku (setakat ni). Cerebral palsy with severe autistics features. Disayangi semua ahli keluarga. Yg ni siap dera2 lagi. Bangang betul la.. |
|
|
|
|
|
|
|
kau emak ke setan?
saitan...!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Mencekik dadah lah ni.....
pompuan ganu ramai yg mencekik dadah.... |
|
|
|
|
|
|
|
emak dia forummer kah? naik angin dan nafsu amarah bila diketawakan kerana cuba nak tunjuk diri dia seorang sahaja yang pandai orang lain tak boleh lagi pandai daripada dia? ini bukan sekolah menengah ini forum. |
|
|
|
|
|
|
|
weii kejamnya buat macam tu. tak kesian kat anak sendiri ke atau dah gila ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kahla replied at 24-2-2020 11:41 AM
Bukan cikgu tadika yang buat laporan tu. Keluarga mangsa tu yg buat laporan.
oh aar betul2.. emo sgt jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
5 tahun tu buat mcm tu
bodoh punya manusia
kalau 25 tahun tak apa la |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nye adik ni..kejam sgt..kalau dah xnak sgt anak tu,bg je kt org lain y nak anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
missycutie: Waaaa... sakitnya hati aku baca. Aku ni 4tahun kahwin baru dapat anak. And ditakdirkan itu la satu2 anak aku (setakat ni). Cerebral palsy with severe ...
tahniah sis dan family y jaga anak istimewa tu dgn kasih syg..autistic kids mmg bkn senang nak jaga,kne continuous treatment and patience nak handle mereka...nak kne faham plak apa y boleh n apa y tak boleh utk dorg..semoga Allah bg sis kekuatan y luar biasa utk terus jaga anak sis..
In sha Allah..mudah segala urusan sis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg mak2 muda umur sebaya iol je, iol blum ada anak. Seram tngok mak2 skrg yg mostly ganas2, blum lgi bapak2 muda umur sebaya yg lbih pntingkn game dri anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
sian ank jd punching bag. |
|
|
|
|
|
|
| |
|